Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ok kalau datang Bagan Serai...tak tahu nak makan di mana???, Jom tengok beberapa tempat yang saya senaraikan di bawah ini. Sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik, ini antaranya sahaja yang tempat makan harian yang selalu saya, keluarga dan rakan-rakan pergi. Banyak juga sebenarnya tempat yang menarik, ini antaranya yang pernah saya cuba dan sempat yang saya rakam gambar.

(UPDATED_15.11.2022)

Ya Allah..apa nak jadi ni...dah lama tak ter-update blog ini rupanya hehe...walaupun dah banyak sudah tempat makan menarik yang kami berjaya explore di sini maklumlah sudah  masuk tahun ke-6 kami di sini...;-) Ok laahh...kita berkongsi beberapa tempat makan yang best. Nanti kalau rajin saya update lagi okes hahaha

Bad Kitchen Shell Out

1St pilihan keluarga kami terutamanya jika untuk merayakan hari2 special dan berkumpul bersama keluarga ramai2. So far sangat best menu shell out dan juga western. Biasanya kami akan tempah lebih awal sebab jika hari2 cuti restoran ni full atau pada hari2 tertentu jika bekalan makanan laut tidak mencukupi mereka terpaksa tutup.

Meraikan Mak cik ina yang baru bersara dan hari lahirnya di Bad Kitchen, kebetulan datang jauh dari kuantan dan singgah menziarahi kami di Bagan Serai.  Kek itu kami bawa lebih awal dan simpan di chiller restoran untuk buat suprised..sangat baik servise and their hospitality..siap offer pasang lagu hari jadi untuk dinyayikan bersama. Memang bagi 5 bintanh hehe



Boleh pilih pelbagai pilihan menu shell out, kalau tanya saya... saya paling suka salted caramel egg yang sangat creamy dan  menyelerakan tetapi untuk anak-anak kami biasa order seperti dalam gambar ini sweet sour yang tidak pedas.

Mee Udang Ketam Angah Aran, Parit 6, Bagan Serai

Jika datang ke Bagan Serai sangat rugi jika tak mencuba mi udang/ketam. Tetapi jika ada yang suka mi udang tetapi pada masa yang sama ada yang nak makan western..pastu rasa tak kenyang lagi nak makan goreng2...boleh cuba kedai ini!! Memang tak sangka kedai yang terletak jauh ke dalam kampung ...tersorok satu warung yang awesome ini. Semua menu kami dah cuba dan memang semua A+++....hehehe. Kalaulah kedai ini di tepi jalan memang saya rasa inilah pilihan utama saya., tetapi sebab sedikit jauh ke dalam dan di tepi parit agak sukarlah kepada kami hendak pergi selalu. Tetapi jika anda ke Bagan Serai..sy mmg sgt recommend untuk datang ke sini. Selain Mi udang, ketam...saya paling suka nasi goreng komando. 




Mi udang

Nasi goreng Komando


Nasi goreng ayam



Warung De'lemuni (Sebelah Caltex Bagan Serai)

Nak makan nasi lemuni dan aneka pilihan lauk-lauk kampung, bolehlah singgah di sini, terletak di stesen keretapi lama atau sebelah Caltex Bagan Serai.

Nasi lemuni dengan daging masak hitam dan gulai telur

Selera Maira (Sebelah Maybank Bagan Serai)

Semua menu di sini kena dengan selera kampung saya, dan yang paling terbaik nasi ayam panggang. Bagi saya the best nasi ayam in Bagan Serai.... Cubalah...

Nasi ayam panggang

Nasi campur lauk kampung

Nasi campur lauk kampung


Desa Permai (Bersebelahan dengan Bank Islam Bagan Serai)

 
Nasi campur

Biasanya antara port kegemaran saya dan rakan-rakan untuk lunch. Tempatnya sangat strategik yang bersebelahan dengan Bank Islam dan KFC menjadikan tempat ini tumpuan ramai orang. Antara menu kegemaran saya juga ialah nasi ayam. Kedai ini buka setiap hari kevuali hari ahad dan sehingga malam.

Restoran Setiakawan (Berhadapan Kolej Komuniti Bagan Serai) (KEDAI SUDAH TUTUP)

Di buka daripada pagi hingga ke malam. Biasanya menjadi tempat untuk kami makan atau tapau makanan tengahari. Selain lauk-pauk kampung pada sebelah tengahari, juga pada waktu malam terdapat menu western.


Lunch
Warung Pak Din (Sebelah Pejabat Pos Bagan Serai)

Antara kedai pertama yang kami singgah semasa mula-mula menjejakkan kaki di Bagan Serai. Masa tu datang untuk makan pagi, rupanya kedai ini dibuka sampai ke malam. Untuk makan pagi, roti canai, kuih-muih, goreng2, dan lauk tengahari pun dah banyak yang ada. Jika sesi petang lauk yang paling ditunggu ialah kari ikan sembilang. Ada juga char kew teow dan goreng-goreng. Kari ikan semilang antara yang terbaik di gerai ini dan merupakan kegemaran mil saya.

Biasanya sy call dekat dulu untuk booking ikan semilang, kalau tak booking jika datang  pukul 8 pagi tinggal berapa ketul je..huhuhu



char kuew teow


Nasi goreng ayam
 
Buluh Kuning

Kedai ini biasanya di buka sebelah petang hingga ke malam. Antara menu kegemaran yang biasa di order adalah seperti nasi goreng ikan masin, nasi goreng kampung, mi bandung, nasi ayam dan lain-lain lagu. Keistimewaan tempat ini juga kerana banyak pilihan menu yang boleh di order dan merupakan antara port kegemaran seisi keluarga.

Mi bandung kegemaran my husband jika ke sini
Abc dan nasi goreng kampung dan sup daging

Haaza Catering (KEDAI SUDAH DITUTUP)

Kalau datang ke Bagan Serai teringin hendak makan pulut durian, laksa, aneka jenis cendol boleh juga singgah di sini. Biasanya bila petang kedai ni agak sesak dan ramai. Selain itu, ada juga nasi ayam yang menyelerakan dan bihun sup.

Opah dan budak bijak, Khaulah Amni
nasi ayam blackpepper

Nasi ayam tandoori
laksa

cendol jagung dan cendol biasa



Kedai Makan JPS (Sebelah Klinik Kesihatan Bagan Serai)

Ini kedai favourite utama kalau hendak beli sarapan pagi terutamanya Nasi Lemak bungkusnya yang sedap dan aneka pilihan kuih-muih pada hari bekerja. Selain itu, awal pagi sudah menjual lauk-pauk makan untuk tengahari jika sesiapa yang hendak . Rasanya semua pilihan menu sedap dan banyak pilihan berasaskan ikan keli terutamanya. 

Kedai Makan Penghulu (Berhadapan IADA Bagan Serai)

Ini juga pilihan kedai untuk menu makan tengahari jika hari bekerja. Biasanya pilihan nasi goreng yang dimasak sangat sedap. 


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun