Posts

Showing posts from May, 2021

Resepi Rendang Daging pada Aidilfitri 2021

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sedar tidak sedar esok tibalah 1 syawal. Bakal berakhir ramadan untuk tahun 2021 beberapa detik lagi. Semoga Allah izinkan kita semua untuk bertemu lagi ramadah pada tahun-tahun akan datang dalam keadaan tubuh badan yang sihat dan masih dapat berkumpul bersama ahli keluarga. Yang paling utama kita dapat tingkatkan amal ibdah kita kepada Allah dengan lebih baik..insyaAllah. Biasanya hari terkhir ramadan kita semua sudah sedia sibuk merendang kan..begitu juga saya disini. Walaupun masih lagi kita semua tidak dapat berkumpul bersama keluarga di kampung berikutan tempoh PKP yang masih berlaku namun kita semua masih sibuk mengekalkan keseronokan untuk menyambut Aidilfitri bersama insan tersayang disisi.  Disini saya kongsikan resepi rendang yang saya ambil daripada kak shuriyani iaitu rakan ofis. Terasa sedap menikmati air tangan beliau semasa makan di pantri ofis tidak lama dulu. Saya simpan disini untuk rujukan pada masa akan datang. Hidangan berbuka p