Posts

Showing posts with the label Jalan-Jalan

Rumah Transit Putrajaya

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Bulan lepas saya terpaksa 'outstation' ke Putrajaya kerana perlu meyelesai urusan semakan dokumen MQA bagi permohonan akreditasi penuh untuk Program kami sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan. Rasanya seperti terkena sumpahan..terlalu banyak yang perlu dibetulkan dan diselesaikan. Walaupun rumah  MIL dan FIL di Kajang sahaja, tetapi memikirkan perlu berulang alik Kajang-Putrajaya-Cyberjaya saya merasakan untuk transit di Rumah Transit Putrajaya. Ini mungkin akan lebih membantu saya supaya dapat fokus menyiapkan dokumen. Kalau ikutkan semasa tiba di Kajang saya belum menempah Rumah Transit Putrajaya di laman web SBBPH kerana tidak merancang untuk menginap di situ awalnya. Jadi saya mencuba nasib menempah pagi itu untuk check in pukul 2.00 pm hari yang sama. Alhamdulilah, masih ada kekosongan walaupun tersangat 'last minute plan' hehehe. Apa lagi saya ajak la FIL, MIL jika mereka ingin turut serta memandangkan rumah...

Rancangan percutian keluarga ke Langkawi (Rahim and Siti Legacy) Part 1

Image
Rancangan untuk bercuti bersama-sama di Langkawi memang sudah lama di rancang. Rasanya dalam tempoh 2 tahun ke belakang. Antara cabaran awal ialah dalam pemilihan tarikh. Sudah beberapa kali tarikh terpaksa dicari dan ditunda. Sehingga ke saat akhir pun kami hampir-hampir menangguhkan rancangan disebabkan ada event rasmi yang perlu dihadiri. Alhamdulilah, berkat doa mak dan abah...dipermudahkan rancangan ini. Beginilah keadaanya..apabila melibatkan ramai orang dan bidang kerjaya yang berbeza pastinya mengundang keadaan yang tidak sama untuk setiap orang seperti rancangan awal adalah untuk pergi dengan menaiki kapal terbang dan semuanya berkumpul di Kajang, tetapi apabila melihat semula kesulitan dalam menempah tiket flight dengan mencari tarikh yang sesuai, kami semua bersetuju untuk menaiki kereta sahaja. Ini kerana lebih praktikal dan senang, sekurang-kurangnya jika ada yang melibatkan kerja saat-saat akhir kami masih mampu untuk menganjak hari. Berada di Bagan Serai satu bonus...

Cuti-cuti di Melaka

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sebaik sahaja selesai kenduri mak cik ani, kami semua berangkat ke Melaka. Kebetulan sebelum itu, kami grab promo di Bayou Lagoon Resort untuk 3 bilik. Perjalanan ke Melaka pada masa itu agak slow juga mungkin hari minggu dan banyak yang keluar. Saat itu terus kenangkan sahabat baik saya ini, Azie...kuatnya dia bermusafir setiap hari keluar sebelum subuh dan balik hampir dan kadang-kadang selepas maghrib. Saya yang hanya perjalanan sekali sekala inipun rasa sudah cukup bosan...lambatnya nak sampai...itupun saya yang berada di sebelah. Sedangkan Azie setiap hari keluar membawa kereta dari Semenyih ke Melaka.  Kami tiba hari sudah lewat petang, hanya berehat di apartment dan tapau makanan sahaja. Esoknya pagi-pagi selepas sarapan terus bermain air di Taman Tema. Selepas pukul 12, kami check out dan sebelum pulang ke Kajang, kami sempat jalan-jalan di Bandaraya Melaka. Saya sukakan kota sejarah ini. Menyelusuri kota ini sambil berja...

Rumah Transit Port Dickson

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, hari ini share tentang Rumah Transit Port Diskson yang kami duduk di sini. Rumah Transit di sini ada pilihan 3 bilik dan 5 bilik. Untuk 3 bilik bayaran untuk semalam adalah RM70.00, manakala untuk 5 bilik RM150.00. Saya mengambil Rumah Transit 5 bilik memandangkan kami agak ramai daripada 8/1/18-10/1/18 terdiri daripada 9 dewasa, 3 kanak-kanak dan 2 bayi. Laluan ke rumah transit belok selekoh sebelah kiri Rumah transit kami dari luar Bahagian ruang tamu Bilik utama bersama bilik air Ruang dapur yang agak besar dan disediakan pemanas air dan peti sejuk. Pinggan, gelas, mangkuk boleh bawa sendiri Permandangan yang cukup cantik dan mendamaikan. Terdapat juga laluan disediakan untuk berjalan kaki ke pantai dengan menuruni anak tangga. Ketika kami datang, pool untuk mandi-manda di tutup seketika, kerana rumah persekutuan (apartment) ditutup sementara. Agak kecewa sedikitlah sebab tujuan asal ...

Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur Alhamdulilah pada 25-27/12/2017 kami berkesempatan untuk berada di Penang untuk beberapa hari. Memang dalam rancangan awal pun, selepas kenduri Irna di Alor star esoknya kami akan bergerak ke Penang. Kebetulan memang nak bawa umi jalan-jalan Alor Star dan Penang. Rasanya inilah percutian pertama kami bersama. Umi dan my sister Amalina tidak dapat stay lama pun, kerana Ahad 25/12/17 malamnya terus naik bus di Sg. Nibong ke Jerteh. Tetapi sempat lah bawa mereka check in di Rumah Peranginan Pulau Pinang.  Berhadapan kaunter masuk Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang Sebelum itu, saya sudah book Rumah Peranginan ini pada 8/11/2017, kira-kira hampir 2 bulan daripada tarikh sebenar. Untuk 2 malam bayarannya adalah RM200.00 dan RM 50 deposit. Ini pertama kali saya menempah Rumah Peranginan, jika sebelum ini hanya mendengar pengalaman kawan-kawan sahaja,. jadi kali ini setelah berbincang dengan husband kami ambil kesempatan u...