Rancangan percutian keluarga ke Langkawi (Rahim and Siti Legacy) Part 1



Rancangan untuk bercuti bersama-sama di Langkawi memang sudah lama di rancang. Rasanya dalam tempoh 2 tahun ke belakang. Antara cabaran awal ialah dalam pemilihan tarikh. Sudah beberapa kali tarikh terpaksa dicari dan ditunda. Sehingga ke saat akhir pun kami hampir-hampir menangguhkan rancangan disebabkan ada event rasmi yang perlu dihadiri. Alhamdulilah, berkat doa mak dan abah...dipermudahkan rancangan ini. Beginilah keadaanya..apabila melibatkan ramai orang dan bidang kerjaya yang berbeza pastinya mengundang keadaan yang tidak sama untuk setiap orang seperti rancangan awal adalah untuk pergi dengan menaiki kapal terbang dan semuanya berkumpul di Kajang, tetapi apabila melihat semula kesulitan dalam menempah tiket flight dengan mencari tarikh yang sesuai, kami semua bersetuju untuk menaiki kereta sahaja. Ini kerana lebih praktikal dan senang, sekurang-kurangnya jika ada yang melibatkan kerja saat-saat akhir kami masih mampu untuk menganjak hari. Berada di Bagan Serai satu bonus buat kami sekurang-kurangnya kami sedikit hampir separuh perjalanan lagi!

Percutian dan budgect. Jadi setelah merancang dan mencari tempat-tempat yang perlu ditempah jadi kami membuat anggaran belanjawan. 1st of all, tentulah mencari homestay, kami lebih prefer mencari homestay yang 4 bilik memandangkan kami terdiri daripada 4 keluarga kecil, dan kebetulan pakej yang kami lihat ini setakat ini yang paling sesuai, so terus kami book homestay 4 bilik yang terletak di Pekan Kuah ini beserta 2 biji kereta Avanza dengan kos RM990.00.

Anggaran budgect untuk 4 hari 3 malam. (Credit Angah)


Setelah itu, baru kami merancang aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang 4 hari 3 malam di sana. Kami cuba maksimumkan penggunaan hari sepanjang di sana. Pastinya akan ada kekangan memandangkan ada kanak-kanak dan juga babies...tetapi tak pe kita rancang dulu. Kami juga memilih untuk mencari Homestay yang terletak di Pekan Kuah supaya memberi kelebihan kepada kami untuk membolehkan aktiviti membeli-belah di waktu petang atau malam.

Draf tentatif
Family dari Kajang akan bergerak sehari lebih awal dan akan berada di rumah kami di Bagan Serai, Family dari Shah Alam akan terus bergerak dan kami akan berjumpa di Perlis...itu rancangannya setakat ini. Setelah habis sesi di Langkawi kami bercadang untuk singgah sekejap di Padang Besar. Baju untuk di pakai semasa hari kejadian juga..hehe turut selamat di tempah. Kami bercadang untuk memakai bersama semasa hari kedua ketika menaiki SkyCab. 

Design baju dan colour yang kami telah setujui bersama. (Credit Anep)
Peserta termuda!!!...si comel Aqil hafiy, 5 months  <3<3<3

Selain daripada itu, selain mengemas

Semoga Allah permudahkan urusan kami, semoga perjalanan ini selamat pergi dan balik. Semoga Allah lindungi kami daripada segala kesukaran dan diberi kami kesihatan yang baik. Dan semoga musafir kami bersama ini dapat mengeratkan ukhuwah persaudaraan kami.

.....................................................................................................................................................................

" Family it is not about blood...🌸 It is about the people can accept who you are and you no matter what "

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun