Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur Alhamdulilah pada 25-27/12/2017 kami berkesempatan untuk berada di Penang untuk beberapa hari. Memang dalam rancangan awal pun, selepas kenduri Irna di Alor star esoknya kami akan bergerak ke Penang. Kebetulan memang nak bawa umi jalan-jalan Alor Star dan Penang. Rasanya inilah percutian pertama kami bersama. Umi dan my sister Amalina tidak dapat stay lama pun, kerana Ahad 25/12/17 malamnya terus naik bus di Sg. Nibong ke Jerteh. Tetapi sempat lah bawa mereka check in di Rumah Peranginan Pulau Pinang. 

Berhadapan kaunter masuk Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang
Sebelum itu, saya sudah book Rumah Peranginan ini pada 8/11/2017, kira-kira hampir 2 bulan daripada tarikh sebenar. Untuk 2 malam bayarannya adalah RM200.00 dan RM 50 deposit. Ini pertama kali saya menempah Rumah Peranginan, jika sebelum ini hanya mendengar pengalaman kawan-kawan sahaja,. jadi kali ini setelah berbincang dengan husband kami ambil kesempatan untuk turut sama cuba menginap di sini. Rumah Peranginan Pulau Pinang ini terletak di Pulau Tikus, bersebelahan dengan Colonial Penang Museum dan berada dalam linkungan kawasan rumah elit. Dari bandar Georgtown lebih kurang 5 kilometer sahaja. Bagi yang tidak membawa kenderaan jika mahu menginap di sini memang agak sukar untuk mendapatkan kemudahan asas seperti pengangkutan awam, makanan dan sebagainya tetapi masih boleh menggunakan kemudahan Grab atau pun Uber di sini.

Kebetulan semasa tempoh kami menginap di sini, Pesta Pulau Pinang sedang berlangsung dan musim cuti krismas serta musim cuti sekolah. Jalan agak padat dan kami juga turut menggunakan khidmat Grab walaupun mempunyai kenderaan sendiri untuk menjimatkan masa. Pada ketika itu kami ingin mencuba makan Nasi Kandar di Hameediyah Restoran di Lembuh Campbell, Georgtown dengan kos hampir RM14 pergi balik menggunakan khidmat Grab Car. Pengalaman pertama menginap di sini sangat baik dan menyeronokkan, cuma tempat ini menjadi tumpuan sebagai tempat meeting/bengkel ataupun jamuan daripada badan-badan kerajaan. Mungkin jika hari bekerja agak penuh sedikit tetapi tidaklah setiap hari. Tiada masalah pun buat kami kerana jadual kami penuh dengan aktiviti siangnya menziarahi keluarga dan jalan-jalan cari makan dan pulang pada waktu malam untuk tidur dan berehat sahaja.

Ruang depan sebelum masuk ke bilk kami
Bilik kami
Tempat tidur
Almari pakaian
Pandangan daripada tingkap bilik kami
Ada kemudahan 'playground' dan mini taman untuk mengambil angin

Comments

  1. Bas senang tak nak parking kat rumah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parking kereta memang disediakan tetapi untuk bas maaf saya tidak pasti pula

      Delete
  2. Ada kemudahan memasak ke di Rumah Penginapan ini?

    ReplyDelete
  3. Boleh tak saya booking untuk 2 bilik

    ReplyDelete
  4. Boleh saya dapatkan contact number tak

    ReplyDelete
  5. Boleh tak saya nk tempah 2 mlm.. 24/12/2021 hingga 26/12/2021.

    ReplyDelete
  6. Nak Tanya kemudahan MCM tuala Mandi Ada X?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun