Posts

Showing posts from March, 2021

Resepi Chicken Chop Sedap

Image
  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hujung minggu lepas berkesempatan melakukan aktiviti memasak bersama keluarga. Saya berkesempatan membuat chicken chop. Biasanya homemade lebih puas makan kan..memandangkan bila ada anak-anak kecil di rumah. Resepi ini sebenaranya telah beberapa kali saya cuba dan setakat ini sangat berpuas hati dan insyaAllah tidak akan mengecewakan jika ada sesiapa yang baru pertama kali ingin mencuba. Di bawah ini saya kongsikan resepi: Bahan perapan ayam chicken chop : Beli bahagian whole leg dan debonned (ataupun boleh beli ayam bahagian whole leg yang telah dibuang tulang) 1/3 cawan tepung beras 1/3 cawan tepung gandum 1/3 cawan tepung bestari ( spicy ) 3/4 cawan air Campurkan semua bahan-bahan tepung di atas. Pastikan bancuhan tepung tidak terlalu cair atau pekat. Kemudian salutkan dengan ayam yang telah siap dibersihkan. Setelah sekata dan sedia untuk digoreng (pastikan deep frying ), golekkan salutan ayam tadi lagi sekali tepung bestari. Ayam telah siap