Resepi Chicken Chop Sedap

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hujung minggu lepas berkesempatan melakukan aktiviti memasak bersama keluarga. Saya berkesempatan membuat chicken chop. Biasanya homemade lebih puas makan kan..memandangkan bila ada anak-anak kecil di rumah. Resepi ini sebenaranya telah beberapa kali saya cuba dan setakat ini sangat berpuas hati dan insyaAllah tidak akan mengecewakan jika ada sesiapa yang baru pertama kali ingin mencuba. Di bawah ini saya kongsikan resepi:

Bahan perapan ayam chicken chop:

Beli bahagian whole leg dan debonned (ataupun boleh beli ayam bahagian whole leg yang telah dibuang tulang)

1/3 cawan tepung beras

1/3 cawan tepung gandum

1/3 cawan tepung bestari (spicy)

3/4 cawan air

Campurkan semua bahan-bahan tepung di atas. Pastikan bancuhan tepung tidak terlalu cair atau pekat. Kemudian salutkan dengan ayam yang telah siap dibersihkan. Setelah sekata dan sedia untuk digoreng (pastikan deep frying), golekkan salutan ayam tadi lagi sekali tepung bestari.

Ayam telah siap digoreng boleh ketepikan.


Bahan gravy mushroom sauce untuk dimakan bersama ayam:

1 tin Prego Cheese dan Herbs (warna kuning)

Susu UHT / jika tiada boleh gantikan dengan air (sukatan 1 tin prego tadi)

bawang holland 1 biji

cendawan butang 1 tin (dihiris atau dibelah 4)

biji black pepper 2 sudu besar (yang telah ditumbuk/kisar)

black pepper sos 2 sudu besar

sos tiram (2-3 sudu besar)

sedikit garam

sedikit kicap manis (untuk gelapkan kuah)


Masukkan sedikit mentega. Tumiskan bawang holland sehingga naik bau. Masukkan cendawan butang yang telah dibelah 4 tadi. Kacau sebati.

Masukkan 1 tin sos Prego Cheese dan Herbs. Masukkan air atau susu UHT satu tin mengikut bekas sos tadi. 

Masukkan blackpeper yang telah ditumbuk, masukkan sos blackpepper, dan sos tiram.

Perasakan dengan garam dan akhir sekali masukkan sedikit kicap manis untuk menggelapkan gravy tadi.

Masak sehingga kuah sedikit pekat dan sedia untuk dihidang bersama ayam chicken chop tadi.



Lebihan ayam chicken chop saya buat tortilla


Resepi ayam chicken chop saya buat ala2 zinger burger..marvellous sangat hehe


SELAMAT MENCUBA;-)

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun