Posts

Showing posts from February, 2018

Rancangan percutian keluarga ke Langkawi (Rahim and Siti Legacy) Part 1

Image
Rancangan untuk bercuti bersama-sama di Langkawi memang sudah lama di rancang. Rasanya dalam tempoh 2 tahun ke belakang. Antara cabaran awal ialah dalam pemilihan tarikh. Sudah beberapa kali tarikh terpaksa dicari dan ditunda. Sehingga ke saat akhir pun kami hampir-hampir menangguhkan rancangan disebabkan ada event rasmi yang perlu dihadiri. Alhamdulilah, berkat doa mak dan abah...dipermudahkan rancangan ini. Beginilah keadaanya..apabila melibatkan ramai orang dan bidang kerjaya yang berbeza pastinya mengundang keadaan yang tidak sama untuk setiap orang seperti rancangan awal adalah untuk pergi dengan menaiki kapal terbang dan semuanya berkumpul di Kajang, tetapi apabila melihat semula kesulitan dalam menempah tiket flight dengan mencari tarikh yang sesuai, kami semua bersetuju untuk menaiki kereta sahaja. Ini kerana lebih praktikal dan senang, sekurang-kurangnya jika ada yang melibatkan kerja saat-saat akhir kami masih mampu untuk menganjak hari. Berada di Bagan Serai satu bonus

Langkah demi langkah penghasilan mi kuning di Kolej Komuniti

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini saya kongsikan resepi penghasilan mi kuning yang telah kami ajar di Kolej Komuniti. Mi kuning merupakan produk hasilan daripada tepung gandum. Antara bahan-bahan utama dalam penghasilan mi kuning selain daripada tepung gandum iaitu, air abu, garam dan air. Tepung gandum berfungsi sebagai bahan utama yang memberi struktur asas kepada mi kuning. Air abu selain berfungsi untuk menambahkan kekuatan doh turut memberikan warna asli kepada mi kuning. Sekiranya pewarna kuning tidak digunakan, doh akan menghasilkan warna kuning cair kerana tindak balas daripada air abu. Garam berfungsi sebagai bahan perasa dan pada masa yang sama turut memberi kekuatan gluten supaya lebih kenyal dan tidak mudah putus.  Formulasi yang digunakan adalah seperti di bawah ini. Jumlah air yang digunakan memang agak sedikit dah doh sedikit keras dan berderai. Tidak mengapa, teruskan menguli dan canaikan kemudian boleh dimasukkan di dalam mesin pembentuk mi. 

Cuti-cuti di Melaka

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sebaik sahaja selesai kenduri mak cik ani, kami semua berangkat ke Melaka. Kebetulan sebelum itu, kami grab promo di Bayou Lagoon Resort untuk 3 bilik. Perjalanan ke Melaka pada masa itu agak slow juga mungkin hari minggu dan banyak yang keluar. Saat itu terus kenangkan sahabat baik saya ini, Azie...kuatnya dia bermusafir setiap hari keluar sebelum subuh dan balik hampir dan kadang-kadang selepas maghrib. Saya yang hanya perjalanan sekali sekala inipun rasa sudah cukup bosan...lambatnya nak sampai...itupun saya yang berada di sebelah. Sedangkan Azie setiap hari keluar membawa kereta dari Semenyih ke Melaka.  Kami tiba hari sudah lewat petang, hanya berehat di apartment dan tapau makanan sahaja. Esoknya pagi-pagi selepas sarapan terus bermain air di Taman Tema. Selepas pukul 12, kami check out dan sebelum pulang ke Kajang, kami sempat jalan-jalan di Bandaraya Melaka. Saya sukakan kota sejarah ini. Menyelusuri kota ini sambil berjalan

Jalan-jalan cari makan Kuala Kurau

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Jika datang ke utara Perak, boleh laa singgah di tempat makan yang best di sini. Kuala Kurau merupakan salah satu mukim yang terdapat di dalam Daerah Kerian. Uniknya daerah Kerian ini merupakan titik sempadam  pertemuan tiga buah negeri iaitu Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Kuala Kurau merupakan kawasan perkampungan nelayan dan juga sawah padi. Kedudukannya di tengah-tengah antara Tanjung Piandang dan Kuala Gula.  1) MEE UDANG PARIT 30   Mee udang special - RM15 Nasi Goreng Ketam RM25 Mee goreng ketam special RM25 Mee goreng udang biasa RM5 ABC RM5 2) CIK AYA LAKSA KETAM Tidak lupa juga kalau berkunjung di sini singgah  di Kampung Nelayan untuk menikmati Cik Aya Laksa Ketam. Kedai ini dibuka pada pukul 12 tengahari, dan jika ingin menikmati udang dan ketam perlulah datang awal kerana cepat habis. Kebetulan kami datang jam sudah menunjukkan pukul 5 lebih, jadi hanya tinggal laksa dan mi bandung sahaja.

Donut kentang gebu

Image
Assalamualaikum dan  Salam Sejahtera Donut kentang gebuuu sampai ke petang (Sumber resepi: http://yatiememories.blogspot.my/2014/01/donut-kentang.html ) Bahan-Bahan 500 gram tepung gandum 200 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek 4 sudu besar susu tepung 1 biji telur ( dipukul sedikit) 200 ml air suam ~ Yatie uli doh guna tangan je, so masukkan air sikit2 ya  3 sudu besar marjerin/butter 3 sudu besar gula 2 sudu kecil yis Caranya. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk d

Welcome February 2018

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pangkin tok abah Pagi ini secara rasminya sudah berpindah di rumah baru, tidak lagi berada di Kuaters Guru Simpang Empat, Semanggol. Hampir lebih setahun berada di sana, berulang alik dari Semanggol ke Taiping dan Bagan Serai. Walaupun tidak banyak kenangan dicipta di sana, tetapi melalui hari-hari bersama-sama Iman dan Khaira dan sesekali my husband pulang, kami banyak meluangkan masa bersama-sama untuk jalan-jalan ke Taiping. Sekarang bila berada di Bagan Serai, selepas ini jalan-jalan kami akan lebih terarah di sini. InsyaAllah akan banyak tempat untuk kami explore di sini sambil menghayati segala kekuasaan dan kebesaran Allah SWT.  Sebelum pergi school masa di kuaters Jika ikutkan rasa hati berpindah untuk kali ketiga memang memenatkan dan rasa ingin angkat tangan ke atas walaupun kali ini cuma melibatkan kilometer yang lebih dekat. Cukup setahun kami di kuaters rasanya baru betul-betul kami dapat sedikit berlapang dada. B