Cuti-cuti di Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Sebaik sahaja selesai kenduri mak cik ani, kami semua berangkat ke Melaka. Kebetulan sebelum itu, kami grab promo di Bayou Lagoon Resort untuk 3 bilik. Perjalanan ke Melaka pada masa itu agak slow juga mungkin hari minggu dan banyak yang keluar. Saat itu terus kenangkan sahabat baik saya ini, Azie...kuatnya dia bermusafir setiap hari keluar sebelum subuh dan balik hampir dan kadang-kadang selepas maghrib. Saya yang hanya perjalanan sekali sekala inipun rasa sudah cukup bosan...lambatnya nak sampai...itupun saya yang berada di sebelah. Sedangkan Azie setiap hari keluar membawa kereta dari Semenyih ke Melaka. 

Kami tiba hari sudah lewat petang, hanya berehat di apartment dan tapau makanan sahaja. Esoknya pagi-pagi selepas sarapan terus bermain air di Taman Tema.


Selepas pukul 12, kami check out dan sebelum pulang ke Kajang, kami sempat jalan-jalan di Bandaraya Melaka. Saya sukakan kota sejarah ini. Menyelusuri kota ini sambil berjalan kaki seolah-olah mengimbau kelas sejarah saya dahulu. 

Mango float Royale Melaka...sedapppp sangat..sejuk tekak dapat hirup air ni


Menaiki menara taming sari...melihat keindahan kota Melaka dari puncak

Mama with kids di Sungai Melaka
  

Sebelum balik Kajang, comform pekena Asam pedas lagi....kami try sini...Ada lagi tempat yang lagi sedap dari ini??

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun