Posts

Showing posts from April, 2017

Langkah demi langkah aneka roti daripada potato dough

Image
Assakamualaikum dan selamat pagi.. Tidak tahu kenapa sedikit sebak bila tiba-tiba sedang mencari material baru untuk mengajar, terjumpa koleksi resepi tahun 2011. Pada 08 / 10 /2011 kami berdua bertugas untuk mengajar kursus pendek di Kolej Komuniti Arau untuk Kursus Pendek Aneka Roti. Hampir 6 tahun sudah rupanya..tetapi masih terbayang dengan jelas. Arwah memang agak pakar dalam penghasilan roti dan kek, sedangkan saya yang tiada asas bakeri sudah pasti lah kek dan roti bukanlah bidang yang digemari. Tetapi kerana tugas yang memaksa kami semua perlu mahir dan sekurang-kurang ada kemahiran asas untuk dikongsi bersama dengan orang lain. Jadi saya belajar dengan arwah dan arwah seorang yang suka berkongsi. Saya ingat lagi nak kuasai teknik 'tabling' pun punya laa susah dengan tangan yang kayu ini...tetapi arwah dengan lemah-lembut dan bersungguh-sungguh meyakinkan saya yang saya boleh buat.  Di bawah ini saya sertakan resepi dan langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh

Langkah demi langkah kek coklat kukus

Image
Asslamualaikum semua.. Siapa yang kat sini suka makan kek coklat? Ini versi kukus lagi, dulu masa awal-awal saya banyak buat kek yang berasaskan kukus sebab masa tu tiada oven. Resepi ini bagi saya antara yang mudah dan senang juga. Resepi ada di bawah ya..:-) BIL BAHAN A BAHAN B BAHAN C 1 1 cawan susu 2 cawan tepung gandum 1 biji telur 2 1 cawan air ½ cawan serbuk koko 1 sudu teh esen vanila 3 1 cawan mentega cair 1 camca teh baking powder 4 2 cawan gula perang ½ Camca teh soda bikarbonat Bahan-bahan yang diperlukan Semua BAHAN A dicampurkan sehingga sebati Ayak BAHAN B dan masukkan ke dalam BAHAN A dengan perlahan dan sedikit demi sedikit. Kacau rata. Masukkan BAHAN C di dalam mangkuk adunan. Kukus selama 1 jam dengan api yang sederhana Dah siapppppp.... SELAMAT MENCUBA

Langkah demi langkah mufin pisang coklat kukus

Image
Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Hari ini nak share tentang resepi mufin pisang coklat. Resepinya seperti di bawah ya:-) BIL BAHAN A BAHAN B 1 2 cawan tepung gandum 1 cawan pisang emas 2 2 sudu makan serbuk koko 1 cawan minyak masak 3 1 sudu teh soda bikarbonat 1 cawan gula perang 4 1 sudu teh baking powder 2 biji telur (dipukul dangan garfu) 6 Garam secukup rasa Bahan-bahan yang diperlukan Ayakkan BAHAN A dalam mangkuk pengadun Masukkan BAHAN B Kukus dalam 20 min sehingga masak Taraaaaaa....dah siap kan..mudah sangat kan! SELAMAT MENCUBA

Resepi penyediaan milkshakes

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang dijanjikan saya hendak kongsikan beberapa resepi milkshakes yang saya dan arwah kak mas pernah buat. Tetapi sebelum tu para pembaca semua jangan keliru jika ditanya apa perbezaan smooties dengan milkshakes. Smooties secara umumnya merujuk kepada penyediaann buah-buahan, sayur-sayuran atau campuran keduanya denga sedikit kuantiti ais atau pun susu. Maksudnya komposisi buah atau sayur itu lebih besar. Smooties kaya dengan khasiat fiber. Manakala milkshakes namanya sendiri sudah menunjukkan yang kuantiti utama iaitu susu atau campuran dengan aiskrim atau yougurt adalah lebih tinggi berbanding buah atau sayuran yang digunakan. Dan tentulah rasa kedua-duanya ada perbezaan. Jadi mana pilihan anda, tepuk dada tanya selera ya. Ini antara beberapa cara penyediaan milkshakes yang kami cuba dan rasanya tentulah sangat tidak mengecewakan. PENGHASILAN MILKSHAKE BUAH-BUAHAN BIL BAHAN-BAHAN KUANTI