Langkah demi langkah aneka roti daripada potato dough
Assakamualaikum dan selamat pagi..
Tidak tahu kenapa sedikit sebak bila tiba-tiba sedang mencari material baru untuk mengajar, terjumpa koleksi resepi tahun 2011. Pada 08 / 10 /2011 kami berdua bertugas untuk mengajar kursus pendek di Kolej Komuniti Arau untuk Kursus Pendek Aneka Roti. Hampir 6 tahun sudah rupanya..tetapi masih terbayang dengan jelas. Arwah memang agak pakar dalam penghasilan roti dan kek, sedangkan saya yang tiada asas bakeri sudah pasti lah kek dan roti bukanlah bidang yang digemari. Tetapi kerana tugas yang memaksa kami semua perlu mahir dan sekurang-kurang ada kemahiran asas untuk dikongsi bersama dengan orang lain. Jadi saya belajar dengan arwah dan arwah seorang yang suka berkongsi. Saya ingat lagi nak kuasai teknik 'tabling' pun punya laa susah dengan tangan yang kayu ini...tetapi arwah dengan lemah-lembut dan bersungguh-sungguh meyakinkan saya yang saya boleh buat.
Di bawah ini saya sertakan resepi dan langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh arwah. Semoga menjadi manfaat dan baja pahala buat kami berdua sekiranya ada kebaikannaya.
![]() |
Bahan-bahan yang digunakan didalam penghasilan potato dough |
BAHAN A
|
BAHAN B
|
BAHAN C
|
BAHAN D
|
1000 g
Tepung High Protein
|
250 g Air
Ais
|
100 g
Butter
|
1 cawan/4
biji ubi kentang – rebus dan lecek
|
150 g Gula
Caster
|
2 biji
Telur
|
60 g
shortening
|
|
1 tbsp
Garam
|
¼ tin Susu
Pekat
|
|
|
1 ¼ tbsp
Yis kering
|
|
||
1 tbsp
Bread softener
|
|||
2 tbsp Susu
tepung
|
Comments
Post a Comment