Posts

Showing posts from March, 2020

Resepi Ayam Goreng Mamak

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Salam PKP hari ke 11. Rasanya inilah dikatakan cuti yang paling lama pernah saya lalui (tidak termasuk cuti bersalin..hehe). PKP fasa satu akan berakhir tidak lama lagi. Dan kini kita semua perlu bersedia untuk menghadapi fasa 2 yang akan kita tempuhi bermula 1/4/2020 sehingga 14/4/2020. Semoga kita semua terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik dalam menghadapi ujian ini. Kita masih lagi perlu bersyukur sekurang-kurangnya kita masih lagi selamat kerana terkurung di dalam rumah sendiri dengan peti sejuk yang masih lagi penuh dengan bahan-bahan untuk keperluan bermasak.  Hari ini saya ingin kongsikan resepi ayam goreng mamak. Ayam ini saya sediakan bersama untuk menu nasi lemak kami. Sumber resepi daripada fb. Bahan-bahan 1 ekor ayam 6 sudu makan tepung jagung 6 sudu makan tepung beras 3 tangkai daun kari bahan untuk dikisar: 6 ulas bawang putih 2 inci halia 5 tangkai cili kering (bersihkan dan lalukan air pa

Resepi Ayam Masak Goreng Kari dan Kentang

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sehingga petang tadi peningkatan pesakit covid-19 masih lagi terus meningkat dengan jumlah kes baharu sebanyak 235 orang dan sesuatu yang menyedihkan seramai 4 orang telah terkorban menjadikan kepada bilangan kematian sebanyak 23 kes. Sama2 lah kita berdoa mohon perlindungan daripada wabak ini dan semoga kesedaran setiap orang akan bahaya kepada wabak ini semakin meningkat. Selagi masih ramai lagi yang tidak mematuhi PKP ini peluang untuk kita menang akan tipis sedangkan kegagalan bukanlah pilihan kita. Hari ini saya berkesempatan untuk mencuba resepi baru yang saya perolehi daripada fb iaitu ayam masak goreng kari dan kentang. Jika kepada mereka yang ingin mempelbagaikan resepi berasaskan ayam bolehlah mencuba resepi ini. Bahan-bahan 1 ekor ayam - dilumur garam dan kunyit dan digoreng *bawang merah *bawang putih *halia *cili padi serai daun kari bawang holland (dipotong bulat atau mayang sahaja) rempah kari daging  dan kari ik

Resepi Ayam Sweet Sour

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini merupakan Hari kedua bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dijalankan oleh Kerajaan Malaysia bagi menangani wabak pandemik Covid-19 daripada terus berleluasa. Hari kedua saya menjadi 'suri rumah sepenuh masa' bersama suami dan anak-anak disisi. Alhamdulilah. Sepatutnya mengikut perancangan awal, kami sudah berada di kampung, di Jerteh bagi meraikan pernikahan dan majlis perkaahwinan adik saya. Namun, benarlah kita merancang, Allah merancang tetapi perancangan Dia adalah yang terbaik. Atas perbincangan dan kata sepakat, kami menanguuhnya majlis penikahan ini. Umi mahukan yang terbaik buat adik. Pasti ada hikmah disebalik dugaan ini. Walaupun saya tahu jauh di sudut hatinya cukup pedih sekali. Berbalik kepada resepi...ingin saya kongsikan resepi ayam sweet sour yang mudah disediakan ini. Memandangkan barang-barang yang diperlukan tidaklah terlalu banyak tetapi rasanya cukup sedap dan menyelerakan. Kalau letak