Posts

Showing posts from March, 2017

Kakak saya

Image
Saya dilahirkan dan dibesarkan tidak mempunyai seorang kakak. Menurut umi saya kakak kandung saya cuma bertahan beberapa hari sahaja dan meninggal dunia akibat masalah jantung. Semasa di sekolah lagi saya teringin sangat bila tengok kawan-kawan bercerita pasal kakak masing-masing. Ataupun berjalan pulang sekolah bersama kakak. Mungkin Allah makbulkan permintaan saya dengan mengurniakan kedua-dua anak saya perempuan. Saya berharap kelak mereka membesar menjadi sahabat baik. Walaupun sekarang ini kerja bergaduh, menggigit dan menarik rambut..sighhhh... Saya diposting di Kolej Komuniti Arau Perlis pada tahun 2008. Disanalah saya mengenali wanita ini yang saya anggap kakak. Namanya Alina Mas Ayu. Hari itu, 11/03/2015 pada masa 3.40 pagi beliau kembali ke tempat abadi. Tempat yang telah dijanjikan Allah SWT dan pasti dilalui setiap insan. Beliau pergi meninggalkan suami dan empat orang zuriat serta orang-orang yang sangat menyayanginya. Pastinya saya meyakini Allah mengambil beliau p

Langkah demi langkah kek buah kukus mudah

Image
Assalamualaikum dan salam pagi jumaat yang penuh barokah Siapa kat sini yang suka makan kek buah? Kek buah ini kegemaran ayah dan mak saya. Resepi yang ingin kongsi ini sangat mudah dan senang disediakan untuk minum petang bersama keluarga. Dah lama saya simpan resepi ini jadi daripada hilang baik saya selamatkan. Kek buah yang berjaya ialah apabila buah tu cantik je bertaburan bukan hanya tertumpu kat atas sahaja. Ok, boleh tengok kat sini ya. Selamat memcuba. KEK BUAH KUKUS     BIL BAHAN A BAHAN B 1 1 biji butter (250g) 2 cawan tepung gandum 2 ¾ Cawan gula pasir 1 camca teh baking powder 3 1 cawan air ½ Camca teh soda bikarbonat 4 ½ Paket buah kering 2 biji telur 5 1 camca the esen vanila Bahan-bahan penghasilan kek buah kukus             Campur semua  BAHAN A  dan masak sehingga buah kering lembut dan ketepikan. Tepung

Hari yang ke-100 di Bagan Serai, Perak.

Image
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabatnya. Entri blog pertama ini saya tujukan buat suami yang disayangi, Mohammad 'Afifi dan kedua-dua anak perempuan saya iaitu Iman Inshirah dan Khaira Khadijah. Pada 26 Disember 2016, hari pertama saya melapor diri di Kolej Komuniti bagan Serai. Saya ditempatkan semula didalam perkhidmatan setelah tamat melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia. Ini merupakan Kolej Komuniti yang ke-3 saya berkhidmat sepanjang bergelar Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT). Saya memulakan perkhidmatan pada tahun 2008 di Kolej Komuniti Arau Perlis dan pada tahun 2012 saya berpindah di Kolej Komuniti Jelebu kerana mengikuti suami saya yang menetap di Kajang. Pada tahun 2014, saya memohon biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) untuk menyambung pelajaran di dalam bidang Teknologi Makanan. Pengajian selama setahun yang bermula pada September 2016 telah berjaya saya t

Homemade Kaya

Image
Assalamualaikum sahabat-sahabat maya, Hari ini nak share satu resepi iaitu homemade kaya. Projek akhir saya masa di UPM ialah menghasilkan kaya daripada labu. Jadi sebelum nak buat kaya daripada labu saya kena study dulu kaya yang berada di pasaran seperti dari segi rasa, warna, tekstur dan keseluruhan. Banyak resepi yang sy cuba so ini adalah antara resepi yang terbaik. Jadi, saya share dulu untuk resepi homemade kaya daripada telur. Pemilihan telur dan santan sangat penting untuk mempengaruhi sifat akhir kaya yang lemak dan creamy.  Saya juga nak share tips supaya kaya kita lebih tahan lama. Pertama peralatan yang kita gunakan untuk membuat kaya mestilah kering dan dilap dengan bersih. Bekas untuk menyimpan kaya jika menggunakan seperti bekas kaca mestilah disteril terlebih dahulu. Selain itu, makin lama kita kacau kaya atas dapur makin tahan lama kaya itu. Tetapi biasanya 30 minit kita kacau atas dapur tangan dah mula nak lenguh..hehehe..(saya la tu..hihi) Dekat bawah