Posts

Showing posts with the label Resepi pilihan

Resepi Kaya Labu Tanpa Telur

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini adalah giliran saya untuk membuat perkongsian dalam Slot Food Zone di FB rasmi Kolej Komuniti Bagan Serai. Suka untuk saya kongsikan satu resepi yang menarik iaitu penghasilan kaya labu tanpa telur. Oh ya sebelum saya terlupa, pengambilan pelajar-pelajar baharu di Kolej Komuniti masih lagi dibuka yer:-) Permohonan Kemasukan ke KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Buat semua lepasan SPM yang masih cari-cari tempat untuk sambung pelajaran, REBUTLAH peluang untuk belajar di KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI Sesi I 2021/2022 bagi kemasukan September 2021. Syarat Kemasukan: Warganegara MALAYSIA LULUS SPM (Lulus BM & Sejarah) Program yang ditawarkan : SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN SIJIL PEMPROSESAN & KAWALAN MUTU MAKANAN Tempoh pengajian 2 tahun (4 semester termasuk satu semester latihan industri) Yuran Pengajian: RM 200/ semester Bantuan kewangan sebanyak RM5,400 sepanjang tempoh pengajian diberikan kepada yang ...

Resepi Nasi Ayam Mdm Kelly

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini tiba-tiba rasa hendak mencuba resepi baru nasi ayam. Cuba cari di facebook terjumpa perkongsian oleh Mdm Kelly dan dikongsi hampir 10 k oleh warga facebook. Disini saya kongsikan resepi yang daripada beliau.  Bahan-bahan Ayam bahagian paha  Stok ayam Halia  5 ulas bawang putih  Basuh bersih ayam rebus ayam dengan halia dan bawang putih yg ditumbuk. Air mesti banyak sebab nanti akan guna untuk masak nasi, sup, sos dan kicap. Dah mendidih angkat ayam dan toskan Bahan perapan ayam(2 ketul paha ayam) 2 sudu gula perang 2 sudu madu 1/2 cawan kicap manis 2 sudu sos tiram 1 sudu kecil lada hitam Garam Minyak bijan  Kaedah penghasilan:   Gaul semua bahan dan perap ayam dalam 30 minit. Bakar dalam 30 minit suhu 180. Sebelum bakar sapu butter dan minyak bijan. Dah siap masak pun sapu lagi butter dan minyak tadi untuk dapat hasil yang menarik. Bahan nasi 2 cawan beras basmathi. Panaskan minyak sapi dan butter dalam...

Kaedah tanak pulut guna rice cooker

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pulang dari ofis petang tadi, tidak sabar masak pulut. Kebetulan sekarang musim durian..Terima kasih En. Aziz dan Amalina bagi durian. Harga mencecah sehingga RM1.99 sekilo. Mungkin berikutan PKPD di Batu Kurau sekarang dan PKP yang masih berlangsung menyebabkan lambakan durian di sini. Terima kasih juga kepada Hj. Wan pagi tadi  bawa serawa durian, jadi saya ambil sedikit untuk bawa pulang makan berbuka puasa nanti. Sebenarnya teringin sangat hendak makan pulut durian. Seronok jika dapat makan beramai-ramai keluarga. Tetapi apakan daya hanya saya sahaja yang makan pulut durian di rumah. Dekat ofis dah terbayang-bayang pulut durian yang hendak dimakan bersama durian. Jadi kaedah yang paling pantas saya cuba gunakan untuk tanak pulut menggunakan rice cooker.  Terima kasih yang memberi...semoga Allah mengganti dengan sebaik-baik balasan Bahan-bahan Beras Pulut 2 cawan (tak perlu rendam) Air 2 cawan (cawan sukatan beras pulut yang sama) s...

Resepi daging goreng mak

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera   Selamat menyambut Aidil Adha kepada semua umat islam. Pada tahun ini kita masih lagi dipinjamkan nafas daripada Esa untuk terus menikmati Hari Raya aidiladha bersama keluaga tercinta walaupun dalam keadaan sesi pandemik kini. Semoga untuk tahun-tahun hadapan kita masih lagi berpeluang menyambutnya bersama keluarga di kampung. Kami menyambutnya di sini dalam suasana yang cukup sederhana. Memandangkan kami semua tidak dapat berkumpul bersama ahli keluarga di lain di Terengganu dan Kajang. Di sini ingin saya kongsikan daging goreng resepi mak, kebetulan syikin jiran kami ada memberi daging korban. Teringat air tangan mak di Kajang yang selalu menyediakan daging goreng ini.  Bahan-bahan 500 gram daging 1-2 biji bawang besar (hiris) 10-15 biji cili padi (hiris) Serbuk kunyit Garam Kicap manis Kaedah Penyediaan: 1. Daging dibersihkan dan di potong nipis. 2. Saya rebus dahulu daging sehingga empuk. Daging yang telah empuk dilumur dengan serb...

Resepi Kek Kurma lembut dan gebu

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Salam 1 Zulhijjah. Meskipun tiada panggilan haji buat kita rakyat Malaysia sudah memasuki tahun ke-2 menghadapi ujian pandemik Covid-19, semoga kita semua dapat bersama-sama menghayati dan meningkat amal ibadah dalam bulan zulhijjah yang mulia ini. Semoga Alla h dapat menunaikan hajat kita semua untuk terpilih menjadi tetamu-Nya di  Baitullah, Makkah Al-Mukaramah. Aamiin. Sedang mengemas di dapur dan melihat masih lagi banyak buah kurma bekalan masa ramadan yang lepas, terus terfikir untuk membuat Kek Kurma. Boleh menjadi hidangan untuk berbuka puasa petang ini. Maka terjadilah kek kurma yang lembut dan gebu ini. Saya pakai adunan kek pisang sahaja, alhamdulilah menjadi, lembut dan gebu. Bahan A 2 cawan tepung gandum 1 tsp baking powder 1 tsp soda bikarbonat Bahan B 1 cawan kurma yang telah dihiris 3/4 cawan kastor (saya kurangkan kepada 1/2 cawan) 3 biji telur A 1 cawan minyak 1 tsp vanilla 1 sudu besar ovelette Kaedah 1. Sebatikan semua ...

Kek Oren

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini saya berkesempatan membuat kek oren. Biasanya untuk resepi kek oren saya suka menggunakan resepi ini. Saya simpan disini resepi kek oren kerana setiap kali mahu membuat kek ini saya terpaksa search kembali screenshot resepi dalam telefon...hehe. Di bawah ini saya kongsikan resepinya: Bahan-bahan  4 biji telur Gred A 3/4 cawan gula perang 1 sudu besar ovalatte 1 sudu kecil esen vanila 1 cawan minyak 6 sudu besar pati oren sunquick 3 sudu besar susu pekat 2 1/2 cawan tepung gandum 1 tsp baking powder 3 sudu besar susu UHT/ fresh milk Keadah Penghasilan 1. Masukkan gula, telur, ovalatte dan esen vanila. Pukul hingga kembang (saya gunakan mixer) 2.Masukkan susu pekat, minyak, pati orange sunquick dan pukul lagi sehingga sebati. 3. Masukkan tepung dan baking powder (saya gunakan spatula sahaja dan kaup balik) 4. Masukkan susu UHT/ fresh milk (kaup balik sahaja) 5. Gliskan loyang dengan margerin, letakkan pachment paper dan tuangkan adun...

Resepi Chicken Chop Sedap

Image
  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hujung minggu lepas berkesempatan melakukan aktiviti memasak bersama keluarga. Saya berkesempatan membuat chicken chop. Biasanya homemade lebih puas makan kan..memandangkan bila ada anak-anak kecil di rumah. Resepi ini sebenaranya telah beberapa kali saya cuba dan setakat ini sangat berpuas hati dan insyaAllah tidak akan mengecewakan jika ada sesiapa yang baru pertama kali ingin mencuba. Di bawah ini saya kongsikan resepi: Bahan perapan ayam chicken chop : Beli bahagian whole leg dan debonned (ataupun boleh beli ayam bahagian whole leg yang telah dibuang tulang) 1/3 cawan tepung beras 1/3 cawan tepung gandum 1/3 cawan tepung bestari ( spicy ) 3/4 cawan air Campurkan semua bahan-bahan tepung di atas. Pastikan bancuhan tepung tidak terlalu cair atau pekat. Kemudian salutkan dengan ayam yang telah siap dibersihkan. Setelah sekata dan sedia untuk digoreng (pastikan deep frying ), golekkan salutan ayam tadi lagi sekali tepung bestari. Ayam telah ...

BURNT CHEESE CAKE RESEPI KHAIRUL AMENG

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Bila buat kek ni mesti teringat tragedi dalam kelas sem lepas.Begitulah agaknya apabila sesekali terlebih konfiden  akan bertukar tragedi...huhu Punya laa excited nak buat dalam kelas dengan anak-anak pelajar sebab mereka cakap tidak pernah makan burnt cheese cake ni. Kek ini pula mengambil proses yang lama, setelah dibakar perlu disejukkan pula. Bila dah ready..semua excited... lepas tu depa tanya..Pn. mmg kek ni rasa macam ni ke??? Eh..mmg laa sedap kan, sedap kan..dgn konfident... pastu tengok muka masing2 kelat je..bila rasa. Seperti namanya burnt..habis burnt 5 kumpulan eh tidak 6 termasuk demo...Ya Allah....apa aku dah buat ni😭😭😭 rupanya terlupa 1/2 cawan gula dan menyebabkan kek itu tidak boleh diterima langsung anak tekak😅. Wpun ada penyelesaianya kami buat ganache chocolate  ttp tetap rasa bersalah.. Sorry guys..i feel really sorry sebab janji dgn diorang nk ulang amali kek ini ttp rupanya itu minggu terakhir kerana selepa...

Resepi kek ubi kayu untuk Pertandingan Memasak

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ada yang pernah makan kek ubi kayu tak? Hehe..saya pun tak pernah sebelum ini tetapi apabila pihak kolej menganjurkan Pertandingan Memasak dan temanya ubi kayu sempena sambutan hari kemerdekaan di Kolej..terus terpinga-pinga nak buat apa...hehe, dalam mencari idea terjumpa resepi kek ubi kayu daripada bolog Mat Gebu..apa lagi inilah penyelamat kumpulan saya. Dan.....siapa sangka kami berjaya dapat tempat pertama dalam kategori ini. Alhamdulilah. Kek Ubi Kayu Merdeka Sesi penyampaian hadiah oleh Tuan Pengarah Disini saya kongsikan resepi kek ini, sangat sedap rasanya dan mudah sahaja untuk menyediakannya.  Resepi Kek Ubi Kayu Sumber: blog Mat Gebu   190 g mentega 160 g gula halus 3 biji telur gred A 120 g tepung gandum* 1/2 camca besar baking powder*(*digaul rata dan diayak) 420 g parutan ubi kayu, diperah airnya 1/4 cawan susu sejat 1/2 camca besar esen vanilla 1/2 camca teh pewarna kuning Cara membuatnya :-) Panaskan oven pada suhu 175C. Le...

Resepi Basque Burnt Cheese Cake

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera  Ramadan akan tiba dalam beberapa hari lagi. Cepatnya masa berlalu. Semoga Allah memanjangkan umur kita dan memurahkan rezeki untuk menjadi insan terpilih untuk melakukan dan memperbanyakkan ibadah kepadaNya. Melihat kepada stok cream cheese dan whipping cream yang masih ada, saya bercadang untuk mencuba resepi kek ini. Kek yang agak viral dari tahun 2018 lagi tak silap. Saya bercadang untuk mencuba di dalam kelas bersama pelajar-pelajar saya tapi pada minggu PKP pertama yang diistiyharkan oleh Perdana Menteri. Untuk membuat kek ini, oven dan size loyang sangat memainkan peranan. Oven saya agak over heating, jadi saya telah merendahkan suhu untuk membakar kek ini pada suhu 140 selama 1 jam 3 min. Boleh juga digunakan di dalam Air-Fryer. Yang pasti kita hendaklah kenal suhu oven atau air-fryer yang terbaik mengikut di rumah masing-masing. Loyang yang digunakan adalah size 6 inci yang paling sesuai. Kek Keju Terbakar 🙊 # basqueburntc...

Kek Sarang Semut

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ringkasan Kes COVID-19 pada 20 APRIL 2020 Kes baharu dilaporkan: 36 Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 5,425 Kes sembuh: 98 Jumlah keseluruhan kes sembuh: 3,295 Jumlah keseluruhan kes di ICU: 45 (Seramai 28 orang memerlukan bantuan alat pernafasan) Kematian: 0 📣🎉🎊 Jumlah keseluruhan kematian: 89 - CPRC KKM Alhamdulilah. Keadaan kes baharu menunjukkan trend penurunan yang baik. Harap keadaan ini akan terus berterusan. Tidak selamanya kita perlu hidup dalam keadaan begini. Sektor ekonomi perlu turut dibangunkan. Jadi harapnya kita dapat memutuskan rantaian ini secepat yang mungkin. Hari ini saya ingin berkongsi kek sarang semut saya. Alhamdulilah saya menggunakan resepi daripada Azlina Ina. Di bawah ini saya kongsikan cara-caranya: Bahan-Bahan: 1. 1 cawan gula caster 2. 125 g butter 3. 3 biji telur 4. 1/2 cawan susu pekat 5. Esen vanila 6. 1 tbsp soda bicarbonate 7. 1 cawan tepung gandum ...

Resepi Roti Jala dan Kari Ayam Sedap

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini genap sebulan kita melalui PKP yang telah diistiyharkan oleh Kerajaan bermula pada 18/03/2020. Semoga kita terus kekal #StayAtHome dalam memastikan kita dapat mengekang Virus COVID-19. Sebenarnya dalam tempoh PKP ini banyak hikmah yang boleh kita pelajari dan teladani. Semoga sama-sama kita dapat mengambil iktibar dan tauladan dalam pa yang telah kita lalui. Sentiasalah mengingati terdapat ramai yang terjejas sumber mata pencarian apabila tidak dapat keluar bekerja. Semoga kita sama-sama dapat membantu golongan yang berkeperluan ini ibarat 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing' Ini pertama kali saya membuat roti jalan sendiri. Biasanya saya akan membantu MIL menyediakan roti jala. Mak akan menyediakan roti jalan bersama kuah kari daging. Kuah kari daging beliau sangat terbaik. Tetapi kali ini bahan yang ada di rumah hanya ayam. Jadi saya menyediakan kari ayam yang saya ambil resepi daripada AZIE KITCHEN. Bah...

Resepi masak lemak pucuk ubi dengan belimbing buluh

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini bermulanya hari pertama PKP Fasa Ketiga dijalankan. Semoga hari-hari yang mendatang menunjukkan penurunan kes baharu pesakit COVID-19 semakin menurun. Kebetulan stok-stok sayuran sudah habis, dan agak keberatan nak keluar, jadi saya mengambil pucuk-pucuk ubi dikeleliling rumah untuk dijadikan menu tengahari ini. Pokok ubi ditanam oleh FIL saya sebelum ini. Kalau MIL dan FIL dan datang berkunjung ke rumah kami, memang setiap hari mereka lah yang rajin menanam dan membersihkan kawasan sekeling di luar rumah kami. Belimbing buluh pula memang sudah sedia ada di sini. Pertama kali saya mengenal buah belimbing buluh ini ketika berada di sini melihat kak ina yang suka membuat sambal hitam belimbing buluh. Lama kelamaan terus saya menyukai buah belimbing buluh ini. Di bawah ini saya kongsikan resepi masak lemak pucuk ubi dan belimbing buluh: Bahan- pucuk ubi belimbing buluh bawang merah bawang putih kunyit cili padi ikan bilis ...

Resepi Nasi Ayam sedap

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Salam Jumaat yang penuh barakoh. Baru sudah menyaksikan perutusan daripada Perdana Menteri kita bahawa PKP ini akan bersambung ke fasa ketiga bermula pada 15 April hingga 28 April 2020. Siasa sangka pada tahun 2020 yang amat kita dinantikan ini, kita akan menempuh situasi perit ini. Tiada siapa pun duga dan inginkan. Namun, inilah yang dinamakan takdir. Hari ini saya ingin kongsikan resepi Nasi Ayam. Inilah sepanjang hidup saya untuk pertama kali saya membuatnya di rumah. Biasanya kami beli sahaja di kedai. Hikmahnya PKP ini salah satu caranya dapat mengikat kasih sayang sesama keluar dengan air tangan ibu terutamanyaa ibu-ibu yang berkerja yang tidak punya waktu yang cukup untuk masak. Itu sayalah..hehehe. Tetapi tidak saya nafikan masih ramai ibu-ibu yang berkerjaya di luar sana yang masih mampu bangun seawal pagi, sediakan bekal sarapan dan makan tengahari untuk anak-anak. Malah pulang dari kerja setelah seharian di tempat kerja masih gigih...