Resepi Kaya Labu Tanpa Telur

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Hari ini adalah giliran saya untuk membuat perkongsian dalam Slot Food Zone di FB rasmi Kolej Komuniti Bagan Serai. Suka untuk saya kongsikan satu resepi yang menarik iaitu penghasilan kaya labu tanpa telur. Oh ya sebelum saya terlupa, pengambilan pelajar-pelajar baharu di Kolej Komuniti masih lagi dibuka yer:-)

Permohonan Kemasukan ke KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Buat semua lepasan SPM yang masih cari-cari tempat untuk sambung pelajaran, REBUTLAH peluang untuk belajar di KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI Sesi I 2021/2022 bagi kemasukan September 2021.
Syarat Kemasukan:
🇲🇾 Warganegara MALAYSIA
📝 LULUS SPM (Lulus BM & Sejarah)
Program yang ditawarkan :
💼🤵🏻 SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN
🧑🏻‍🍳🥫 SIJIL PEMPROSESAN & KAWALAN MUTU MAKANAN
⏰ Tempoh pengajian 2 tahun (4 semester termasuk satu semester latihan industri)
💵 Yuran Pengajian: RM 200/ semester
💰 Bantuan kewangan sebanyak RM5,400 sepanjang tempoh pengajian diberikan kepada yang layak - *mengikut terma dan syarat*
BERMINAT MELANJUTKAN PELAJARAN❓❓❓❗️❗️❗️
Klik capaian BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN 👇
Atau
Sila hubungi Pegawai berikut :
📲 Pegawai Pengambilan 05-7210020 atau www.wasap.my/601156524292/Sesi12021_2022 sekarang!!!

Berbalik kepada perkongsian resepi ini tadi, tetapi sebelum itu ingin saya kongsikan kebaikan buah labu buat kita semua. Buah labu juga antara makanan yang disebut dalam Al-Quran dan merupakan antara makanan kegemaran Rasulullah SAW. Pastinya buah labu ini mempunyai khasiat dan manfaat yang besar kepada tubuh badan manusia. Buah labu merupakan sejenis sayuran yang kaya dengan kandungan nutrisi dan antioksidan yang diperlukan oleh tubuh badan. Sayur ini tinggi kandungan beta-karotena dan juga kandungan vitamin C. Ini dapat meningkatkan sistem imun badan dalam melawan penyakit. Selain itu, kandungan karotenoid yang bertindak sebagai antioksidan dapat meneutralkan radikal bebas dan mencegah beberapa jenis kanser.

Apa keistimewaan resepi ini..hehehe...pastinya kepada mereka yang sangat menyukai kaya tradisional dalam pasaran boleh mencuba resepi kaya labu ini. Kaya labu ini lebih berkhasiat kerana tidak mengandungi telur dan gula pasir. Ini dapat mengurangkan kandungan lemak dan kolesterol yang sememangnya ada dalam telur. Kaya labu ini sesuai disapu atas roti dan juga dimakan bersama roti jala atau aneka makanan lain bergantung kepada kepekatan yang dimasak tadi.Semakin lama di masak, kaya dihasilkan akan lebih tahan lama dan boleh disimpan dalam peti sejuk.
Jangan lupa yer mencuba resepi ini yer.



Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun