Posts

Showing posts from July, 2017

Pulau Orang Utan, Bukit Merah Lake Town Resort

Image
Kolej Komuniti Bagan Serai telah mengadakan jamuan hari raya untuk staff di Bukit Merah Resort. Program yang memakan masa separuh hari itu lebih kepada aktiviti beramah mesra antara sesama rakan staff dengan anggota keluarga lain. Dapatlah antara kami untuk saling mengenali antara satu sama lain. Setelah tamat program itu kami diberi aktiviti bebas samaada untuk memilih untuk pulang atau pun terus berada di situ untuk terus mengikuti aktiviti yang ada di sini. Seprti yang ramai sedia maklum, Bukit Merah Lake town Resort lebih dikenali dengan taman tema airnya. Memandangkan masa yang ada sudah tidak banyak, kami memilih untuk membawa anak-anak ke Pulau Orang Utan di situ. Mengikut sejarahnya, Pulau Orang Utan ini dibuka secara rasminya pada awal tahun 2000. Di sini ia merupakan salah satu tarikan utama pelancong tempatan ataupun luar negara untuk melihat lebih dekat lagi habitat orang utan. Bagi pelancong luar negara orang utan merupaka satu haiwan yang unik kerana haiwan ini h

Kenangan di Bukit Larut

Image
Saya mengambil sedikit masa yang lama untuk sambung menulis. Apabila handphone saya rosak, banyak perkara-perkara penting di dalamnya tidak dapat saya akses termasuklah segala gambar yang saya ambil semasa di Bukit Larut. Nasib baik sebelum telefon saya rosak, saya dan suami ada postingkan beberapa gambar di dalam laman facebook kami dan group whats up keluarga. Ada laa sedikit kenangan untuk di kongsi. Kami tidak merancang pada awalnya untuk menaiki Bukit Larut. Ia bermula apabila saya mengajak suami untuk membawa mak dan abah makan pagi di Kaki Bukit Larut sambil-sambil menghidu udara segar di sana. Bukit Larut juga terkenal antara destinasi jalan-jalan cari makan yang menarik dan sedap. Boleh lihat entri saya sebelum ini mengenai Jalan-Jalan Cari Makan Taiping. Mee Bandung  Roti jantan lagi Sambil tengah makan tu, melihat ramai orang yang lalu-lalang, abah cakap ..jom kita naik Bukit Larut tu.. Kita tengok apa yang ada di atas tu. Apa lagi semua orang excite

Kisah kami di Zoo Taiping

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ini merupakan kali kedua kami pergi Zoo Taiping di dalam tempoh hampir 7 bulan kami di sini. Kali pertama kami masuk di sini masa cuti tahun baru 1 jan 2017 yang lepas. Walaupun masih baru lagi menjejakan kaki di sana, anak-anak tetap gembira dan seronok sangat. Pada pendapat peribadi saya dan suami, kami lebih sukakan Zoo Taiping berbanding Zoo Negara. Kerana apa ya? Pertama kerana keadaan sekelilingnya dan juga jarak antara satu binatang ke satu binatang. Perkhidmatan mini tren di Zoo Taiping beserta penerangan serba sedikit mengenai binatang yang disediakan sangat membantu perjalanan kami di dalam ini. Selain itu tentulah faktor harga yang sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan Zoo Negara. Bayaran masuk ke Zoo Taping RM17 dewasa dan kanak-kanak RM8.50. Pastinya kemudahan dan jumlah binatang jauh lagi banyak di Zoo Negara, tetapi bagi saya yang hanya membawa anak-anak yang berusia empat tahun ke bawah membawa mereka di Zoo Taiping su