Pulau Orang Utan, Bukit Merah Lake Town Resort
Kolej Komuniti Bagan Serai telah mengadakan jamuan hari raya untuk staff di Bukit Merah Resort. Program yang memakan masa separuh hari itu lebih kepada aktiviti beramah mesra antara sesama rakan staff dengan anggota keluarga lain. Dapatlah antara kami untuk saling mengenali antara satu sama lain. Setelah tamat program itu kami diberi aktiviti bebas samaada untuk memilih untuk pulang atau pun terus berada di situ untuk terus mengikuti aktiviti yang ada di sini. Seprti yang ramai sedia maklum, Bukit Merah Lake town Resort lebih dikenali dengan taman tema airnya. Memandangkan masa yang ada sudah tidak banyak, kami memilih untuk membawa anak-anak ke Pulau Orang Utan di situ.
Mengikut sejarahnya, Pulau Orang Utan ini dibuka secara rasminya pada awal tahun 2000. Di sini ia merupakan salah satu tarikan utama pelancong tempatan ataupun luar negara untuk melihat lebih dekat lagi habitat orang utan. Bagi pelancong luar negara orang utan merupaka satu haiwan yang unik kerana haiwan ini hanya boleh dijumpai di hutan-hutan Borneo dan sumatera. Pulau Orang Utan ini juga merupakan satu alternatif untuk melihat orang utan selain mengunjungi Pusat Perlindungan Orang Utan Sepilok di Sabah. Pulau Orang Utan ini dibuka setiap hari dan kita perlu menaiki bot untuk ke sana. Kebetulan masa kami datang ada promosi harga tiket ini dengan harga dewasa hanya RM20.00 sahaja. Jadi dengan tanpa melepaskan peluang kami turut serta untuk ke pulai ini.
Biasa harga yang dikenakan untuk dewasa RM30.00 seorang |
Tempat jeti untuk menaiki bot ke Pulau Orang Utan |
Permandangan laut di atas bot |
Jeti masuk ke Pulau Orang Utan |
Antara orang utn yang ada |
Adam- dilahirkan tidak cukup bulan dan terpaksa dijaga di bilik ini |
Adam-14 years old now |
Laluan sepanjang di sini |
Comments
Post a Comment