Posts

Showing posts from May, 2017

Happy 5th anniversary, husband

Image
27 Mei 2017- Hari pertama ramadan untuk tahun ini (syukur padaMu Allah atas peluang ini). Lima tahun yang lalu pada tarikh itulah hari kami disatukan...hari disatukan cik singgang ikan dan encik risotto..hehehe;-) Saat termetrainya satu ikatan suci dan disatukan dua hati yang berlainan jiwa dan rasa. Mengimbau saat pertemuan kami, semuanya berlaku tanpa sengaja...kisah nekad seorang anak perempuan yang telah bergraduasi tetapi tidak mahu pulang ke kampungnya selagi tidak mempunyai kerja. Kisah seorang anak lelaki yang 'extend' pengajiannya dan mencari duit tambahan untuk membaiki komputernya yang rosak. Masing-masing merasakan itu tempoh keadaan yang menyusahkan dan merupakan tempoh 'survival'. Namun rupanya aturan Allah sungguh indah, di sebalik kesusahan dan kepayahan itu Allah tunjukkan hikmahNya. Pertemuan pertama kami di tempat 'cyber cafe' yang kami sama-sama mencari duit tambahan sekitar tahun 2007.  Hubungan yang hanya kawan biasa itu terputus begit

Real foods Vs Processed foods

Image
Ramadhan 2017 bakal tiba sabtu ini (27/5/17). Selain daripada membuat azam tahun baru, bulan ramadhan juga biasanya menjadi turning point untuk melakukan sesuatu yang lebih baik. Walaupun hakikatnya, muhasabah diri perlu dilakukan setiap hari. Seperti pesanan Nabi; Rasulullah S.A.W berpesan yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Selain daripada kita memperbaharui niat untuk meningkat amal ibadat kita ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum, jom kita sama turut audit pengambilan makanan harian kita juga. Memang tidak dapat dinafikan bulan ramadhan bukan sahaja ditunggu oleh orang islam tetapi juga yang bukan beragama islam. Kerana apa? Kerana pada bulan ramadhan turut merupakan syurga

Projek wakaf telekung

Image
EPISOD SATU Minggu yang lepas merupakan satu minggu yang agak penat. Khaira tidak sihat dan biasanya khaira memang akan meragam. Saya sudah bersedia sekiranya kalau dia yang sakit mesti tidur saya entah kemana. Ditambah lagi dia yang akan meraung dan menangis tidak henti-henti. Minggu itu juga ada sambutan hari guru di sekolah Iman, saya sudah berjanji padanya untuk membuat kek bersama-sama dengan dia. Memang saya agak keletihan sangat dengan tidur yang tidak cukup dan terpaksa bergegas ke sana ke mari. Hari sabtu itu (19/5/2017) saya hendak ambil stok telekung di Parit Buntar. Oleh sebab saya belum keluarkan duit, jadi saya keluar awal dalam pukul 7.00 pagi untuk keluarkan duit dulu dan saya sedar minyak kereta saya juga minta diisi. Banyak di dalam kepala saya hari itu ditambah khaira yang masih belum sihat sepenuhnya dan saya perlu selesaikan kerja-kerja ini dengan cepat. Tetapi malang tidak berbau, pertama kali di dalam hidup saya, saya baru tersedar yang saya pergi ATM un

Tips buat Apam kembang mekar

Image
Semalam berkesempatan membuat apam mekar, dah lama teringin nak makan. Kebetulan sekolah iman hari ini buat jamuan hari guru kat taskanya, jadi pagi tadi bangun awl sikit untuk mengapam. Pukul 2.30 bangun nak buat kuih, kebetulan khaira pun badan macam panas sikit. Jadi sambil dok pantau suhu dia pergi dapur kejap buat apam. Alhamdulilah resepi ni saya dapat daripada group facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN). Antara cabaran nak buat apam mekar ini ialah apabila nak pastikan bila kita sudah kukus, apam tu mekar. Sebab kebanyakannya bila buat selalunya akan tanya kenapa bila buat tak mekar walaupun guna resepi yang sama. Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk memastikan apabila kita buat apam, apam kita tu cantik je mekar, mekar macam bunga setaman itu. Pastikan bila kita pukul gula dengan telur itu betul2 kembang sehingga adunan bertukar warna putih berkrim dan gula yang kita masukkan tu dah halus. (Dalam kes ini, saya pukul putih telur dulu buat merinue dulu, baru m

Buat umi dan mak, dua wanita utama

Image
Siapa dua wanita utama dalam hidup saya? Tentulah ibu yang telah melahirkan saya ke dunia iaitu umi dan ibu yang telah melahirkan kekasih hati saya iaitu ibu mertua yang saya panggil mak. Mereka merupakan dua wanita istimewa yang bertahkta di dalam jiwa. Mereka dua wanita penting yang menjadi sumber inspirasi saya yang tanpa sedar saya banyak mencedok sikap dan sifat mereka. Walaupun bergunung emas pun saya hamparkan buat mereka belum tentu mampu dapat membalas segala kebaikan-kebaikan yang telah mereka berikan buat saya. Saya belum pernah menulis buat mereka kerana segala-galanya saya simpan jauh di sudut sanubari, Berkesempatan hari ibu, 14 mei hari ini, ingin saya kongsikan segala kebaikan mereka untuk saya serap di dalam diri saya moga dapat saya curahkan kepada anak-anak dan bakal menantu saya. (InsyaAllah) Tidak perlu saya bandingkan kedua-duanya, kerana mereka sememangnya dua wanita yang berbeza, berbeza luaran daripada segala segi tetapi ikhlas mencintai dan menyayangi

Muzium Perak, Taiping

Image
Muzium Perak, Taiping: http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-perak Muzium Perak adalah Muzium yang tertua di Malaysia. Bangunan Muzium Perak mempunyai keunikan dari segi reka bentuk bangunan dan dibina pada tahun 1883. Muzium ini direka bentuk oleh arkitek berbangsa inggeris yang didatangkan khas dari England. Rekabentuknya sangat unik, sekiranya dilihat dari udara kelihatan seperti huruf 'L'. Bayaran masuk ke Muzium ini hanya RM2 dan percuma untuk kanank-kanak di bawah usia 12 tahun. Muzium ini dibuka setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan hanya tutup pada hari yang pertama Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Muzium Perak mempunyai empat bahagian galeri. Dsini saya kongsikan beberapa foto kami sekeluarga di setiap galeri. 1) Galeri (A),   Pameran ‘3D Art : Sepanjang Jalan Kenangan’ 2)  Galeri Alam Semulajadi (B) 3) Galeri Pameran Kebudayaan (C) 4)  Galeri Pameran Masyarakat Orang Asli dan Pelbagai Koleksi Tembikar (D)

Taman Tasik Taiping

Image
Saya dapat rasakan yang Taman Tasik Taiping ini memang kebanggaan warga Taiping khususnya. Ini kerana kebanyakkan restoran yang saya singgah untuk makan pasti ada digantung gambar potret Taman Tasik ini. Dan saya juga terpaksa mengakuinya yang saya sangat kagum dan pertama kali saya menjejakkan kaki saya  Taman Tasik ini terus rasa terpaut dengan kecantikan, dan ketenangannya. Bila menelusuri tepian tasik itu, di bawah rimbunan pokok-pokok yang mungkin sudah beratus tahun berada di situ terus terasa kesegaran dan ketenangan yang menyelinap masuk ke dalam diri. Tiba-tiba rasa bersalah sebab tidak dapat mengambil gambar dalam sudut yang terbaik untuk menunjukkan kecantikkan tempat ini yang sebenarnya.  Sambil-sambil menghirup udara segar, yang istimewanya di sini juga ada gelongsor yang paling lama pernah dibina oleh oleh tentera bersekutu dari New Zealand pada tahun 1961 untuk kanak-kanak di Taiping. Selain melihat anak-anak bermain di taman permaina

S.A.H.A.B.A.T- Antara rasa untuk menyayangi atau disayangi

Image
Kehidupan ini ternyata persinggahan sementara, sepanjang perjalanan ini Allah ketemukan kita dengan pelbagai resam manusia dan warna-warni kehidupan. Adakalanya kita jatuh dan kita cuba bangkit. Setiap kali kita cuba untuk bangkit, pasti ada tangan-tangan yang cuba untuk turut sama memaut tangan kita untuk lebih erat. Tetapi, kita juga tak bisa menolak kenyataan ada juga yang cuba untuk menolak kita jauh ke belakang...untuk terus tersungkur. Itulah hakikat, kehadiran seorang kawan dan juga lawan.  Saya manusia introvert, seorang yang agak pendiam, pemalu dan suka menyendiri. Pada awalnya saya bercita-cita untuk menjadi penyelidik, kerana berada di makmal seolah-oleh memberi kedamaian buat saya. Namun, mungkin berkat doa seorang ibu yang mahukan anaknya menjadi pendidik, menjadikan saya di sini sekarang. sudah tentunya tempoh awal mengutip pengalaman pertama sebagai seorang pendidik merupakan tempoh sukar buat saya. Seorang gadis yang suka menyendiri, dan lagi menyukai berfikir dar