Taman Tasik Taiping

Saya dapat rasakan yang Taman Tasik Taiping ini memang kebanggaan warga Taiping khususnya. Ini kerana kebanyakkan restoran yang saya singgah untuk makan pasti ada digantung gambar potret Taman Tasik ini. Dan saya juga terpaksa mengakuinya yang saya sangat kagum dan pertama kali saya menjejakkan kaki saya  Taman Tasik ini terus rasa terpaut dengan kecantikan, dan ketenangannya. Bila menelusuri tepian tasik itu, di bawah rimbunan pokok-pokok yang mungkin sudah beratus tahun berada di situ terus terasa kesegaran dan ketenangan yang menyelinap masuk ke dalam diri. Tiba-tiba rasa bersalah sebab tidak dapat mengambil gambar dalam sudut yang terbaik untuk menunjukkan kecantikkan tempat ini yang sebenarnya. 








Sambil-sambil menghirup udara segar, yang istimewanya di sini juga ada gelongsor yang paling lama pernah dibina oleh oleh tentera bersekutu dari New Zealand pada tahun 1961 untuk kanak-kanak di Taiping.




Selain melihat anak-anak bermain di taman permainan di sini, kita juga boleh berkelah. Sangat seronok bila dapat melakukan aktiviti kekeluargaan di sini. Jadi kalau singgah di sini jangan lupa untuk bawa tikar sekali ya;-)



Kami juga sempat buat photoshoot telekung dekat sini. Pastinya tempat ini dijadikan pilihan utama sekiranya ada sebarang outdoor photoshoot.


Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun