Posts

Showing posts from December, 2020

SELAMAT TINGGAL 2020

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sedar tidak sedar 2020 bakal melabuhkan tirai. Meskipun kita masih lagi dihantui dengan isu pandemik covid-19 yang masih lagi berleluasa..Moga covid-19 segera lenyap. Namun demikian, setiap kejadiannya pasti ada hikmah-Nya....banyak agenda dan aktiviti pengurusan kolej masih lagi dijalankan walaupun terpaksa dilakukan atas talian. Dan kini genap sudah 4 tahun saya berada disini bersama keluarga kecil KKBSe. Ada yang datang dan telah pergi namun kenangan bersama keluarga kecil ini tetap kekal diingatan. Kami baik, kami juga gaduh, kami senyum dan kami juga bertegang urat namun atas dasar profesional kami tetap menjalankan tugas dengan amanah yang telah diberikan. Tiada manusia yang sempurna...namun kita semua saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap kekurangan dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada kita adalah untuk menampung antara satu sama lain Terima kasih semua warga KKBSe yang dicintai kerana Allah SWT. Banyak yang saya belajar m