SELAMAT TINGGAL 2020

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Sedar tidak sedar 2020 bakal melabuhkan tirai. Meskipun kita masih lagi dihantui dengan isu pandemik covid-19 yang masih lagi berleluasa..Moga covid-19 segera lenyap. Namun demikian, setiap kejadiannya pasti ada hikmah-Nya....banyak agenda dan aktiviti pengurusan kolej masih lagi dijalankan walaupun terpaksa dilakukan atas talian. Dan kini genap sudah 4 tahun saya berada disini bersama keluarga kecil KKBSe.

Ada yang datang dan telah pergi namun kenangan bersama keluarga kecil ini tetap kekal diingatan. Kami baik, kami juga gaduh, kami senyum dan kami juga bertegang urat namun atas dasar profesional kami tetap menjalankan tugas dengan amanah yang telah diberikan. Tiada manusia yang sempurna...namun kita semua saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap kekurangan dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada kita adalah untuk menampung antara satu sama lain

Terima kasih semua warga KKBSe yang dicintai kerana Allah SWT. Banyak yang saya belajar mengenal diri ini melalui kalian sungguh saya manusia yang penuh kekurangan namun kehadiran setiap seorang antara kamu membuat saya menginsafi dan bermuhasabah diri untuk banyak perkara.

Terima kasih En Akhyar dan En Faizul

Semoga 2021 akan lebih cemerlang dan menjadi manusia yang bermanfaat kepada ummah. InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun