Posts

Showing posts with the label Kolej Komuniti Bagan Serai

Resepi Kaya Labu Tanpa Telur

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini adalah giliran saya untuk membuat perkongsian dalam Slot Food Zone di FB rasmi Kolej Komuniti Bagan Serai. Suka untuk saya kongsikan satu resepi yang menarik iaitu penghasilan kaya labu tanpa telur. Oh ya sebelum saya terlupa, pengambilan pelajar-pelajar baharu di Kolej Komuniti masih lagi dibuka yer:-) Permohonan Kemasukan ke KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Buat semua lepasan SPM yang masih cari-cari tempat untuk sambung pelajaran, REBUTLAH peluang untuk belajar di KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI Sesi I 2021/2022 bagi kemasukan September 2021. Syarat Kemasukan: Warganegara MALAYSIA LULUS SPM (Lulus BM & Sejarah) Program yang ditawarkan : SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN SIJIL PEMPROSESAN & KAWALAN MUTU MAKANAN Tempoh pengajian 2 tahun (4 semester termasuk satu semester latihan industri) Yuran Pengajian: RM 200/ semester Bantuan kewangan sebanyak RM5,400 sepanjang tempoh pengajian diberikan kepada yang ...

Sayonara SPK 3 (Sesi Disember 2019 - Sesi Disember 2020)

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Berada dalam musim pandemik Covid-19 kini menyebabkan masa yang berlalu seperti pergi begitu sahaja. Mungkin tidak banyak kenangan kami bersama memandangkan tempoh masa kami berada di Kolej tidak seperti dahulu. Kebanyakkan kelas dijalankan dalam atas talian. Namun demikian, pelajar-pelajar ini tetap terkesan dalam hati saya. Walaupun dengan masa yang cukup terbatas, namun banyak aktiviti-aktiviti yang masih cuba diusahakan untuk dilakukan bersama. Mereka masih mengikut arahan yang diberikan dengan baik meskipun perlbagai halangan yang perlu dilalui. Mereka masih membalas setiap pesanan saya, mereka tetap cuba menunaikan permintaan saya contoh seperti untuk terlibat dengan pelbagai program seperti  Pertandingan Inovasi, Kuiz, Pertandingan Kemerdekaan dll sedangkan terhimpit dalam keadaan masa yang suntuk, aktiviti demi aktiviti yang perlu diselesaikan. Namun mereka tetap tidak mengecewakan saya dan sungguh saya menghargai setiap usaha merek...

SELAMAT TINGGAL 2020

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sedar tidak sedar 2020 bakal melabuhkan tirai. Meskipun kita masih lagi dihantui dengan isu pandemik covid-19 yang masih lagi berleluasa..Moga covid-19 segera lenyap. Namun demikian, setiap kejadiannya pasti ada hikmah-Nya....banyak agenda dan aktiviti pengurusan kolej masih lagi dijalankan walaupun terpaksa dilakukan atas talian. Dan kini genap sudah 4 tahun saya berada disini bersama keluarga kecil KKBSe. Ada yang datang dan telah pergi namun kenangan bersama keluarga kecil ini tetap kekal diingatan. Kami baik, kami juga gaduh, kami senyum dan kami juga bertegang urat namun atas dasar profesional kami tetap menjalankan tugas dengan amanah yang telah diberikan. Tiada manusia yang sempurna...namun kita semua saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap kekurangan dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada kita adalah untuk menampung antara satu sama lain Terima kasih semua warga KKBSe yang dicintai kerana Allah SWT. Banyak yang saya belaj...

Resepi kek ubi kayu untuk Pertandingan Memasak

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ada yang pernah makan kek ubi kayu tak? Hehe..saya pun tak pernah sebelum ini tetapi apabila pihak kolej menganjurkan Pertandingan Memasak dan temanya ubi kayu sempena sambutan hari kemerdekaan di Kolej..terus terpinga-pinga nak buat apa...hehe, dalam mencari idea terjumpa resepi kek ubi kayu daripada bolog Mat Gebu..apa lagi inilah penyelamat kumpulan saya. Dan.....siapa sangka kami berjaya dapat tempat pertama dalam kategori ini. Alhamdulilah. Kek Ubi Kayu Merdeka Sesi penyampaian hadiah oleh Tuan Pengarah Disini saya kongsikan resepi kek ini, sangat sedap rasanya dan mudah sahaja untuk menyediakannya.  Resepi Kek Ubi Kayu Sumber: blog Mat Gebu   190 g mentega 160 g gula halus 3 biji telur gred A 120 g tepung gandum* 1/2 camca besar baking powder*(*digaul rata dan diayak) 420 g parutan ubi kayu, diperah airnya 1/4 cawan susu sejat 1/2 camca besar esen vanilla 1/2 camca teh pewarna kuning Cara membuatnya :-) Panaskan oven pada suhu 175C. Le...

My Ofismate - KKBSe

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Minggu lepas di ofis ada jamuan perpisahan untuk Ustaz Helmi. Pada masa yang sama kami semua ambil kesempatan untuk meraikan mummy-to-be Kak Shima yang bakal bersalin nanti secara elektif czer pada 20-02-2020...cantikkan tarikhnya..... Alhamdulilah penantian selama 11 tahun,  'precious baby 👶 '😊 Missing in pic: Kay, Esan dan Kak Iza Alhamdulilah...bila pandang wajah mereka ini saya teringat pada kata2 Kak Sal di FB beliau. Sejak dari dulu sehingga sekarang FB kak sal memang menjadi rujukan saya.. tiap kali saya rasa haru saya tau saya akan jumpa sesuatu walaupun tanpa saya bercakap dengannya. Hebat orang yang dekat pada Allah ini.. saya berharap saya juga dapat mengikuti setiap langkah dan tutur kata baiknya. Kakak yang sudah saya kenali semasa di UPM sejak 14 tahun yang lalu.  ''Apa maksud kawan gred A+++? kawan yang bila kita tengok dia, bercakap dengan dia, perhatikan dia, blajar pengalaman dia, teliti ...

Puding Triffe untuk Jamuan Potluck untuk Hari Perpisahan Ustaz Helmi

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini merupakan hari terakhir Ustaz Helmi di sini. Saya doakan sesuatu yang terbaik buat Ustaz selepas ini. 2 tahun ustaz berada di Kolej Komuniti Bagan Serai bukanlah suatu masa yang singkat. Terima kasih ustaz kerana banyak membantu kami dan pada masa yang sama bergading bahu mendidik anak bangsa kita dengan baik dan cemerlang. Semoga suatu masa kita kan bertemu lagi dalam keadaan yang paling baik...InsyaAllah. Alhamdulilah terima kasih kepada pihak pengurusan KKBSe kerana berjaya menganjurkan Majlis ini buat ustaz bagi meraikan segala jasa dan kebaikan yang telah diberikan ustaz helmi sepanjang berkhidmat di sini. Sebelum itu jom saya kongsikan resepi puding triffle yang saya sediakan. Saya juga turut menyediakan kek puding karamel. Resepi kek puding karamel telah saya kongsikan sebelum ini. Hasil puding triffle yang disediakan Resepi Puding Triffle saya gunakan daripada FB Azlina ina. Tapi saya cuma gantikan bahagian b...

Hari terakhir kak ina sayang di KKBSe

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sebenarnya mengucapkan selamat tinggal itu bukanlah perkara yang susah,  tetapi ia menjadi teramat perit bila kita sedang mengingati segala kenangan yang telah kita lalui bersama.   Usia kami begitu jauh,  namun saya begitu senang sekali bila bersamanya. Biasanya masa kami bersama apabila makan pagi bersama di pantri dan waktu rehat yang panjang pada hari jumaat. Apabila bersama kak ina kami banyak berkongsi resepi dan tip-tip masakan. Bagi saya kak ina sangat bertuah kerana dikurniakan Allah 'tangan emas'.  Sangat hebat dan sedap memasak malah boleh menjahit. Jangan terkejut kalau di atas jalan raya.. Kak ina juga sangat cukup hebat memandu.. hehe Walaupun meniti hari2 terakhir,  kak ina masih lagi menunaikan tanggungjawab beliau sebagai librarian dengan penuh amanah. Tidak sesekali menggunakan alasan hendak pencen untuk menolak arahan kerja. Saya sentiasa ingati pesanan kak ina untuk sentiasa ...

Puding Sumi untuk pot luck Hari Terakhir Kak Ina Sayang

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari jumaat yang mulia dan penuh berkah. Tetapi hari ini hari terakhir buat insan yang aku sayangi,  kak ina sayang. Orangnya sopan,  tutur lembut bicara dan tenang sentiasa.  Kak ina bakal bersara pada 24.12.2019. Allah... betapa bertuahnya insan yang bernama Nor Hasina binti Zahari kerana berjaya menjejaki usia persaraan wajib dalam keadaan sihat dan baik. Hanya orang yang terpilih Allah sahaja.  Semoga kami juga dapat menjejaki tibanya saat itu.  Pada potluck hari ini saya membawa makaroni goreng dan puding sumi Makarono goreng saya gunakan lebihan sos bolegnesse yang telah saya sejukbekukan. Dan saya tambah dengan meatball.  Puding sumi ini saya ambil dari resepi dari blog yatie memories. Sebenarnya sudah berulangkali saya buat resepi ini contohnya bawa semasa pot luck tadika iman dan khaira dan juga di dalam kelas.  Kali ini saya berkesempatan untuk berkongsi resepi. Saya ingin kongsikan rese...