My Ofismate - KKBSe

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Minggu lepas di ofis ada jamuan perpisahan untuk Ustaz Helmi. Pada masa yang sama kami semua ambil kesempatan untuk meraikan mummy-to-be Kak Shima yang bakal bersalin nanti secara elektif czer pada 20-02-2020...cantikkan tarikhnya..... Alhamdulilah penantian selama 11 tahun,  'precious baby 👶 '😊




Missing in pic: Kay, Esan dan Kak Iza

Alhamdulilah...bila pandang wajah mereka ini saya teringat pada kata2 Kak Sal di FB beliau. Sejak dari dulu sehingga sekarang FB kak sal memang menjadi rujukan saya.. tiap kali saya rasa haru saya tau saya akan jumpa sesuatu walaupun tanpa saya bercakap dengannya. Hebat orang yang dekat pada Allah ini.. saya berharap saya juga dapat mengikuti setiap langkah dan tutur kata baiknya. Kakak yang sudah saya kenali semasa di UPM sejak 14 tahun yang lalu. 

''Apa maksud kawan gred A+++? kawan yang bila kita tengok dia, bercakap dengan dia, perhatikan dia, blajar pengalaman dia, teliti kehidupan dia, berakhir dengan kita ingat pada Alllah.. 💞💞
Biarpun dia bukan menasihat kita tentang agama, biarpun pemakaian dia tidak berjubah or bertudung labuh, tetapi bila bersama dia, dia menyebabkan kita ingat pada Allah.. 💝💝
Itulah kawan gred A++++.. mana nak cari? Mintak dengan Allah dalam doa kita.. Sungguh satu kesyukuran yang teramat, bila dianugerahkan kawan2 sebegini..👭👭👭''

(fb: Ummi Mu'min Muqri)

Terima Kasih Allah hadirkan kawan2 yang baik ini untuk saya. Bila berada di ofis selama 8 jam kita bukan hanya terbeban mental dan emosi melakukan kerja hakiki di ofis semata2 tetapi juga dengan orang2 sekeliling kita sama. Yer... tiada yang sempurna. Begitu juga kita semua, tersimpan beribu-ribu  khilaf. Tetapi hakikatnya dalam sebuah persahabatan itu bukanlah faktor utama untuk dipertimbangkan. Perlu Kejujuran dan Keikhlasan. Kerana Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun