Posts

Showing posts with the label Jalan-jalan cari makan

WARUNG SELERA KAMPUNG BENDANG PANJANG, KUALA KANGSAR

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kali ini kami berjaya untuk singgah ke sini untuk menikmati pelbagai aneka sarapan pagi yang menyelerakan. Warung selera ini antara tempat viral yang perlu disinggah jika ke Kuala Kangsar dan akan dipenuhi ramai orang. Memandangkan kami membawa abah yang tidak boleh berjalan jauh, jadi kami sudah datang seawal 8.00 pagi ke sini. Kebetulan homestay tempat tinggal kami tidak jauh ke sini. Kali ini kami memilih untuk berada di Homestay Aneesa Chandan Putri 3. Istimewanya warung ini kerana berada dalam kebun getah, mempunyai banyak pilihan menu makan serta dilengkapi permainan kana-kanak seperti buaian dan lain-lain lagi. Roti kukus dan juga pelbagai pilihan roti jika anda peminat roti bakar/kukus Nasi lemak antara menu wajib untuk sarapan pagi Ada banyak pilihan roti canai, tetapi yang dalam gambar ini adalah roti canai tsunami Nasi Goreng kambing....memang sedap..rugii tak cuba Selepas menikmati makan pagi di sini, kami terus berjalan-jalan ke pas...

Warung Telaga, Kuala Kangsar

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini hendak kongsikan kenangan kami cuti-cuti di Kuala Kangsar. Kuala Kangsar merupakan tempat kegemaran mak dan abah jika datang ke Bagan Serai menziarahi kami. Jadi kami pasti akan mencari homestay untuk bermalam di Kuala Kangsar. Boleh dikatakan ini jalan-jalan Kuala Kangsar kami kali keempat tidak silap. Kami seronok berada di sini, menikmati suasana bangunan sejarah yang cantik senibinanya dan disamping itu tentulaa pelbagai menu makan-makan yang sedap ada di sini. Antara tempat wajib untuk kami singgah jika ke Kuala Kangsar adalah di Warung Telaga. Ini kali kedua kami menikmati makan-makan di sini. Dengan harga yang sangat murah dan menikmati makan petang yang sangat sedap...mana lagi nak dapat pada waktu sekarang ni dikala semua harga mencanak naik hehe. Rugiii laa kalau tak rasa laksa yang sedap ini Ada laksa telor goreng dan ada laksa telur rebus roti puri pun ada..tak cukup 1..kena tambah lagi ABC, keropok lekor, cekodok, cucur baw...

Jalan-jalan cari makan Langkawi

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulilah, berada di Langkawi untuk tempoh 4 hari 3 malam, kami sempat meneroka jalan-jalan cari makan di sana. Saya agak bertuah, kerana banyak dibantu bekas pelajar saya, Najwa yang memang orang tempatan iaitu anak kelahiran Langkawi. Banyak info dan tempat menarik saya perolehi daripadanya. Untuk makan tengahari ada yang kami tapau makan di homestay, biasalaa bila ada budak-budak ni dengan macam-macam ragam dan peel yang di luar jangkaan tambah-tambah bila mereka dah kepenatan. Antara tempat yang sempat kami singgah dan tapau adalah seperti di Medan Selera Kompleks HIG, dan Kak Yan Nasi Campur, Ulu Melaka. Selain itu untuk makan tengahari boleh juga try di Nasi campur Top-BBQ Langkawi. Selain itu, untuk breakfast boleh juga singgah ke Medan Selera Kuah yang berhampiran dengan Sungai Kuah, Langkawi. Ini adalah tempat makan menarik yang boleh di cuba sepanjang di sana dan sempat saya rakam: 1) Nasi dagang Pak Malau Nasi dagang yang ...

Laksa pokok limau Kuala Kangsar

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Berkesempatan berada di Kuala Kangsar, saya dan keluarga turut singgah kedai  makan laksa yang antara di sebut-sebut kesedapannya di sini. Mana lagi kalau tak di Laksa Pokok Limau... Laksa sarang yang marvellous Sesiapa peminat laksa tegar, rugii tidak singgah di sini. Dengan rasa kuah yang likat pekat dan di tambah dengan telur sarang yang rangup menjadikan laksa sangat sedap di makan.

Pak Majid Kari Ikan Sembilang Parit Buntar

Image
Ikan semilang ohhh ikan semilang... Kari ikan semilang Saya tidak pernah makan ikan semilang tetapi berpindah di Bagan Serai, menjadikan saya ingin mencuba makanan ini kerana dikatakan antara masakan yang istimewa di sini. Malah setiap kali ada pengunjung, atau pun meeting di tempat kerja, selaku AJK Makanan yang yang memang tetap dan berpencen..kikiki, antara tugas yang perlu saya sediakan terutamanya tetamu yang datang VIP adalah mencari masakan kari ikan semilang untuk disajikan. Itu jugalah antara faktor yang menyumbang kepada saya daripada mencuba dan terus jatuh hati kepada kari ikan semilang. Ditambah lagi setiap kali MIL datang ke sini, antara request darinya adalah kari ikan semilang. Akhirnya dari satu kedai ke satu kedai pencarian ikan semilang untuk rasa yang terbaik dan kebabooomm adalah di Kedai makan Pak Majid kari ikan semilang yang terletak di Parit buntar. Kalau di Bagan Serai kari ikan semilang pilihan kami sudah semestinya di Warung Pak Din bersebelah...

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ok kalau datang Bagan Serai...tak tahu nak makan di mana???, Jom tengok beberapa tempat yang saya senaraikan di bawah ini. Sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik, ini antaranya sahaja yang tempat makan harian yang selalu saya, keluarga dan rakan-rakan pergi. Banyak juga sebenarnya tempat yang menarik, ini antaranya yang pernah saya cuba dan sempat yang saya rakam gambar. (UPDATED_15.11.2022) Ya Allah..apa nak jadi ni...dah lama tak ter-update blog ini rupanya hehe...walaupun dah banyak sudah tempat makan menarik yang kami berjaya explore di sini maklumlah sudah  masuk tahun ke-6 kami di sini...;-) Ok laahh...kita berkongsi beberapa tempat makan yang best. Nanti kalau rajin saya update lagi okes hahaha Bad Kitchen Shell Out 1St pilihan keluarga kami terutamanya jika untuk merayakan hari2 special dan berkumpul bersama keluarga ramai2. So far sangat best menu shell out dan juga western. Biasanya kami akan tempah lebih awal sebab jika hari2...