Pak Majid Kari Ikan Sembilang Parit Buntar

Ikan semilang ohhh ikan semilang...

Kari ikan semilang

Saya tidak pernah makan ikan semilang tetapi berpindah di Bagan Serai, menjadikan saya ingin mencuba makanan ini kerana dikatakan antara masakan yang istimewa di sini. Malah setiap kali ada pengunjung, atau pun meeting di tempat kerja, selaku AJK Makanan yang yang memang tetap dan berpencen..kikiki, antara tugas yang perlu saya sediakan terutamanya tetamu yang datang VIP adalah mencari masakan kari ikan semilang untuk disajikan. Itu jugalah antara faktor yang menyumbang kepada saya daripada mencuba dan terus jatuh hati kepada kari ikan semilang. Ditambah lagi setiap kali MIL datang ke sini, antara request darinya adalah kari ikan semilang.

Akhirnya dari satu kedai ke satu kedai pencarian ikan semilang untuk rasa yang terbaik dan kebabooomm adalah di Kedai makan Pak Majid kari ikan semilang yang terletak di Parit buntar. Kalau di Bagan Serai kari ikan semilang pilihan kami sudah semestinya di Warung Pak Din bersebelah Pejabat Pos Bagan Serai. Bagi saya, 2 masakan ini mempunya keistimewaan tersendiri. Sesiapa yang lebih kepada tekak dan citarasa masakan melayu saya cadangkan di Kedai Makan Pak Din, tetapi yang ingin rasa kari dan rempah yang lebih umpppp sila lah mencuba di Kedai Makan Pak Majid. Memang kedai ini masakan utamanya adalah kari ikan semilang. Jangan terkejut jika datang ke kedai ini golongan cina pun ramai datang makan di sini. Selain itu, boleh mencuba makan ayam pencen masak merah, kambing masak kurma, ikan masin dan lain-lain lagi.





Kurma kambing, daging pun lembut sangat, tak cukup makan di situ..tapau bawak balik lagi
Ayam pencen masak merah. Jika teringin ingin rasa seperti lauk kenduri, silalah datang ke kedai ini.


Comments

  1. Betulah tu..cina india mai.mkn kat sini..sya dok taman blkg kedai ni je...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak