Posts

Showing posts from July, 2019

Tips buat pandan cheese cake leleh

Image
Jadilah kek annirversary yang tidak dirancang;-) Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sebenarnya beberapa kali saya mencuba pandan cheese cake leleh ni. Walaupun bukan penggemar cheese tetapi oleh kerana suami dan anak-anak suka makan, jadi saya mencabar diri sendiri kononya membuat kek ini. Pada awalnya saya fikirkan membuat kek ini semudah kek2 yang lain tetapi rupanya tidak semudah yang say fikirkan. Kali ke-3 saya membuatnya barulah mendapatkan hasil yang sepatutnya. Kali pertama saya buat kek mendap di tengah. Kali kedua kek masih lagi mendap ke tengah tetapi sangat keras. Percubaan kali ketiga barulah membuahkan hasil yang sepatutnya. Akhirnya saya mendapatkan kek yang gebu, lembut dan bagi saya menepati tekstur yang sepatutnya. Saya menggunakan resepi dari Cikgu Azlina yang saya ambil daripada Page FB beliau. Antara tips kenalpasti yang diperlukan untuk memberi perhatian ialah: Jangan terlalu overbeat gula dan telur sehingga kembang kerana boleh menyebabkan kek