Tips buat pandan cheese cake leleh

Jadilah kek annirversary yang tidak dirancang;-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sebenarnya beberapa kali saya mencuba pandan cheese cake leleh ni. Walaupun bukan penggemar cheese tetapi oleh kerana suami dan anak-anak suka makan, jadi saya mencabar diri sendiri kononya membuat kek ini. Pada awalnya saya fikirkan membuat kek ini semudah kek2 yang lain tetapi rupanya tidak semudah yang say fikirkan. Kali ke-3 saya membuatnya barulah mendapatkan hasil yang sepatutnya. Kali pertama saya buat kek mendap di tengah. Kali kedua kek masih lagi mendap ke tengah tetapi sangat keras. Percubaan kali ketiga barulah membuahkan hasil yang sepatutnya. Akhirnya saya mendapatkan kek yang gebu, lembut dan bagi saya menepati tekstur yang sepatutnya.

Saya menggunakan resepi dari Cikgu Azlina yang saya ambil daripada Page FB beliau. Antara tips kenalpasti yang diperlukan untuk memberi perhatian ialah:

  1. Jangan terlalu overbeat gula dan telur sehingga kembang kerana boleh menyebabkan kek menjadi keras. Kerana kek apabila dikukus tidak bersesuaian jika dipukul terlalu gebu berbanding kek yang dibakar menggunakan oven.
  2. Kukus kek sehingga masak. Loyang 8 inci saya kukus selama 35 minit. Bekas putih adalah 20 minit.
  3. Selepas keluarkan kek yang teleh dikukus, terus terbalikkan untuk mengelakkan tarikan graviti dan menjadikan  kek tidak mendap di tengah.


Bahan-bahan yang diperlukan dalam kek pandan cheese leleh ialah:

BAHAN A

Telur 5 biji gred A
Gula caster 1 cawan
1 sudu besar ovalet
2 sk emulco pandan coconut
1 sk pewarna hijau epal

Mix semua bahan sehingga gebu, tetapi jangan terlalu kembang. 

 BAHAN B

Sementara itu ayakkan:
2 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
1 sk cream of tartar

Masukkan tepung. Saya kaup balik sahaja ke dalam adunan BAHAN A sehinggan adunan sebati.

Tuangkan ke dalam loyang dan masukkan ke dalam pengukus yang telah dipanaskan.

Tutupkan adunan yang dimasukkan ke dalam loyang dengan plastik wrap.

Kukus selama 20-35 minit atau sehingga masak

Selepas dikeluarkan di dalam periuk kukusan , terus terbalikkan.

Setelah sejuk belah kek kepada 2 bahagian. Dan sediakan topping cheese leleh:

250 g cream cheese (saya guna jenama tartura)
1/2 cawan susu pekat (cikgu azlina guna dairy champ)
1/2 cawan whipping dairy cream (cikgu azlina guna jenama anchor atau shani)

Masukkan ke dalam blender. Mix sehingga pekat. Dan masukkan ke dalam layer tengah. Untuk bagi leleh, tambah lagi 1/4 cawan susu cair mix lagi. Dan tuang ke atas kek.

Parutkan cheese. Saya guna jenama cheddar ke atas cheese leleh tadi.

Taraaaaa...inilah hasilnya

 


Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun