Posts

Showing posts from September, 2019

Brownies Kedut yang tersangat sedap resepi dari Azlina Ina

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Selamat petang semua. Semoga semua orang didalam limpah rahmah Allah SWT. Hari ini ingin berkongsi resepi brownies kedut yang memang acap kali saya buat. Alhamdulilah setakat ini resepi brownies kedut yang terbaik bagi saya. Brownies mempunyai rasa yang tersendiri dan unik. Secara asasnya, terdapat 4 jenis tekstur yang dimiliki oleh brownies, iaitu sama ada seperti cake (cakey ), padat ( fudgy ), liat ( chewy ) atau sedikit berderai ( crumbly ). Untuk resepi ini, brownies seperti cakey . Bahan-bahan: 125 g butter 250 g coklat masakan 3 biji telur (gred B) 1 sk esen buttermilk/ vanila 200 g gula perang 150 g tepung gandum (ayak) 35 g serbuk koko (ayak) 1/2 sk baking powder (ayak) Kaedah Penyediaan: 1. Cairkan butter dan coklat (double boiler) 2. Satukan telur, gula, esen dan kacau sehingga sebati 3. Masukkan adunan coklat yang dicairkan (yang masih panas) ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula. 4.Masukkan campuran tepung.

Puding roti dengan creamy vanila sauce

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sudah lama tidak bersiaran kerana kesibukkan yang tidak menentu. Tetapi baru-baru ini berkesempatan mencuba resepi bread butter puding dengan vanila sos atas permintaa keluarga.  Hasilnya...Alhamdulilah tidak mengecewakan. Alhamdulilah yummieh... Dibawah ini saya kongsikan resepinya: Bahan-bahan: Roti gardenia - 12 keping Susu segar 3 cawan Telur 3 biji - 4 biji Gula 3-4 sdbesar (ikut kemanisan masing-masing) Esen vanila Butter 3-4 sdbesar (dicairkan) Topping (boleh letak mix fruit, chocolate rice/ chocolate chips) Cara-cara: 1. Campurkan susu, telur, gula dan esen vanila (pukul guna whisk sahaja) 2. Dah sebati tapiskan, kemudian masukkan butter yang telah dicairkan. 3. Potong roti setiap 3 keping kepada 4 bahagian dan susun di dalam bekas. 4. tuangkan bahan puding di dalam bekas bagi rata, tekan2 dengan menggunakan spatula. 5. Letakkan topping yang disukai dan bakar suhu 180 sehingga masak. Bahan-bahan sos kast