Brownies Kedut yang tersangat sedap resepi dari Azlina Ina

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Selamat petang semua. Semoga semua orang didalam limpah rahmah Allah SWT. Hari ini ingin berkongsi resepi brownies kedut yang memang acap kali saya buat. Alhamdulilah setakat ini resepi brownies kedut yang terbaik bagi saya. Brownies mempunyai rasa yang tersendiri dan unik. Secara asasnya, terdapat 4 jenis tekstur yang dimiliki oleh brownies, iaitu sama ada seperti cake (cakey), padat (fudgy), liat (chewy) atau sedikit berderai (crumbly). Untuk resepi ini, brownies seperti cakey.

Bahan-bahan:

125 g butter
250 g coklat masakan
3 biji telur (gred B)
1 sk esen buttermilk/ vanila
200 g gula perang
150 g tepung gandum (ayak)
35 g serbuk koko (ayak)
1/2 sk baking powder (ayak)

Kaedah Penyediaan:

1. Cairkan butter dan coklat (double boiler)
2. Satukan telur, gula, esen dan kacau sehingga sebati
3. Masukkan adunan coklat yang dicairkan (yang masih panas) ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula.
4.Masukkan campuran tepung.
5. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8 yang telah diglis
6. Bakar pada suhu 170 selama 40 min sehingga masak.
7. Biarkan brownies dalam oven dengan pintu sedikit terbuka
7. Sejukkan


2 jenis brownies yang sama cuma hiasan yang berbeza


Toppingnya saya cuma cairkan coklat 'beryls milk chocolate' sahaja dan piping di atasnya
SELAMAT MENSUBA (^_*)

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun