Jalan-jalan cari makan Langkawi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah, berada di Langkawi untuk tempoh 4 hari 3 malam, kami sempat meneroka jalan-jalan cari makan di sana. Saya agak bertuah, kerana banyak dibantu bekas pelajar saya, Najwa yang memang orang tempatan iaitu anak kelahiran Langkawi. Banyak info dan tempat menarik saya perolehi daripadanya. Untuk makan tengahari ada yang kami tapau makan di homestay, biasalaa bila ada budak-budak ni dengan macam-macam ragam dan peel yang di luar jangkaan tambah-tambah bila mereka dah kepenatan. Antara tempat yang sempat kami singgah dan tapau adalah seperti di Medan Selera Kompleks HIG, dan Kak Yan Nasi Campur, Ulu Melaka. Selain itu untuk makan tengahari boleh juga try di Nasi campur Top-BBQ Langkawi. Selain itu, untuk breakfast boleh juga singgah ke Medan Selera Kuah yang berhampiran dengan Sungai Kuah, Langkawi.

Ini adalah tempat makan menarik yang boleh di cuba sepanjang di sana dan sempat saya rakam:

1) Nasi dagang Pak Malau

Nasi dagang yang totally sedap, bukan beras pulut tetapi menggunakan beras Thai

Permandangan yang sangat cantik, kalau datang lewat memang tempat full dan panas sebab ruang terbuka

Kami dapat port tepi bendang..sukaa..sukaaa...sangat

Kalau nak lagi cantik pi laa 'selfie' kat tengah bendang tu..serius mesti lawaa

Owner kedai ni, baik dan peramah sangat, jangan terkejut kalau yang datang ramai orang putih...dh dpt pengiktirafan Tripadvisor 2017
2) Wan Thai Langkawi Restaurant

Deco dan hiasan dalaman restoran ni memang cantik




Nasi saja pun sedap
Jus


2) Desa Permata Ikan Bakar

Our dinner!!!

2) Uncle Jai Cafe

Suasana dalam restoran ini

Fish and chips, antara yang tersedap pernah makan

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang

Tips buat Apam kembang mekar