Warung Telaga, Kuala Kangsar

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hari ini hendak kongsikan kenangan kami cuti-cuti di Kuala Kangsar. Kuala Kangsar merupakan tempat kegemaran mak dan abah jika datang ke Bagan Serai menziarahi kami. Jadi kami pasti akan mencari homestay untuk bermalam di Kuala Kangsar. Boleh dikatakan ini jalan-jalan Kuala Kangsar kami kali keempat tidak silap. Kami seronok berada di sini, menikmati suasana bangunan sejarah yang cantik senibinanya dan disamping itu tentulaa pelbagai menu makan-makan yang sedap ada di sini.

Antara tempat wajib untuk kami singgah jika ke Kuala Kangsar adalah di Warung Telaga. Ini kali kedua kami menikmati makan-makan di sini. Dengan harga yang sangat murah dan menikmati makan petang yang sangat sedap...mana lagi nak dapat pada waktu sekarang ni dikala semua harga mencanak naik hehe.


Rugiii laa kalau tak rasa laksa yang sedap ini

Ada laksa telor goreng dan ada laksa telur rebus

roti puri pun ada..tak cukup 1..kena tambah lagi


ABC, keropok lekor, cekodok, cucur bawang...semua rasa terbaik.

Jika yang datang ke Kuala Kangsar, jangan lupa singgah di sini yer;-)

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun