WARUNG SELERA KAMPUNG BENDANG PANJANG, KUALA KANGSAR

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kali ini kami berjaya untuk singgah ke sini untuk menikmati pelbagai aneka sarapan pagi yang menyelerakan. Warung selera ini antara tempat viral yang perlu disinggah jika ke Kuala Kangsar dan akan dipenuhi ramai orang. Memandangkan kami membawa abah yang tidak boleh berjalan jauh, jadi kami sudah datang seawal 8.00 pagi ke sini. Kebetulan homestay tempat tinggal kami tidak jauh ke sini. Kali ini kami memilih untuk berada di Homestay Aneesa Chandan Putri 3. Istimewanya warung ini kerana berada dalam kebun getah, mempunyai banyak pilihan menu makan serta dilengkapi permainan kana-kanak seperti buaian dan lain-lain lagi.

Roti kukus dan juga pelbagai pilihan roti jika anda peminat roti bakar/kukus

Nasi lemak antara menu wajib untuk sarapan pagi

Ada banyak pilihan roti canai, tetapi yang dalam gambar ini adalah roti canai tsunami

Nasi Goreng kambing....memang sedap..rugii tak cuba

Selepas menikmati makan pagi di sini, kami terus berjalan-jalan ke pasar terpanjang Kuala Kangsar yang terletak di Persiaran Prima. Makan pagi pun dah banyak di sini jadi kita bersenam laa pula di mencuci mata ke pasar pagi...hehe

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun