Puding Sumi untuk pot luck Hari Terakhir Kak Ina Sayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Hari jumaat yang mulia dan penuh berkah. Tetapi hari ini hari terakhir buat insan yang aku sayangi,  kak ina sayang. Orangnya sopan,  tutur lembut bicara dan tenang sentiasa.  Kak ina bakal bersara pada 24.12.2019. Allah... betapa bertuahnya insan yang bernama Nor Hasina binti Zahari kerana berjaya menjejaki usia persaraan wajib dalam keadaan sihat dan baik. Hanya orang yang terpilih Allah sahaja.  Semoga kami juga dapat menjejaki tibanya saat itu. 

Pada potluck hari ini saya membawa makaroni goreng dan puding sumi Makarono goreng saya gunakan lebihan sos bolegnesse yang telah saya sejukbekukan. Dan saya tambah dengan meatball. 

Puding sumi ini saya ambil dari resepi dari blog yatie memories. Sebenarnya sudah berulangkali saya buat resepi ini contohnya bawa semasa pot luck tadika iman dan khaira dan juga di dalam kelas.  Kali ini saya berkesempatan untuk berkongsi resepi. Saya ingin kongsikan resepi puding sumi ini:

Puding Sumi

Bahan-bahan:

  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 200 gram gula pasir
  • 1 litre air
  • 2 helai daun pandan dicarik dan disampul
  • 4 sudu besar tepung kastard*
  • 1 tin susu cair*(bahan bertanda * disatukan)
  • 1 bungkus sumi jelly
  • sedikit esen vanila
  • pewarna jika suka

Cara- Caranya
 1. Buka sumi dan toskannya. Susun sumi ke dalam acuan dan simpan di dalam peti sejuk beku untuk keraskannya.
2. Dalam periuk, masukkan air, serbuk agar-agar, gula dan daun pandan dan masak sampai agar-agar dan gula hancur mendidih.
3. Masukkan larutan tepung kastard dan susu cair ke dalam bancuhan agar-agar tadi. Setelah mendidih tutup api dan tuang ke dalam acuan sumi.
4. Saya tuangkan satu lapisan dan biarkan mengeras. Apabila sedikit keras, kelar dengan pisau dan tuangkan lagi satu lapisan yang berwarna.
5. Biarkan suam sedikit sebelum disimpan di dalam peti sejuk sebelum dihidang.

Antara menu-menu yang dihidangkan semasa pot luck perpisahan Hari Bersara Kak Ina:






Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun