Sayonara SPK 3 (Sesi Disember 2019 - Sesi Disember 2020)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berada dalam musim pandemik Covid-19 kini menyebabkan masa yang berlalu seperti pergi begitu sahaja. Mungkin tidak banyak kenangan kami bersama memandangkan tempoh masa kami berada di Kolej tidak seperti dahulu. Kebanyakkan kelas dijalankan dalam atas talian. Namun demikian, pelajar-pelajar ini tetap terkesan dalam hati saya. Walaupun dengan masa yang cukup terbatas, namun banyak aktiviti-aktiviti yang masih cuba diusahakan untuk dilakukan bersama. Mereka masih mengikut arahan yang diberikan dengan baik meskipun perlbagai halangan yang perlu dilalui. Mereka masih membalas setiap pesanan saya, mereka tetap cuba menunaikan permintaan saya contoh seperti untuk terlibat dengan pelbagai program seperti  Pertandingan Inovasi, Kuiz, Pertandingan Kemerdekaan dll sedangkan terhimpit dalam keadaan masa yang suntuk, aktiviti demi aktiviti yang perlu diselesaikan. Namun mereka tetap tidak mengecewakan saya dan sungguh saya menghargai setiap usaha mereka!



Sebagai manusia biasa, ada waktu saya akui kelemahan dan kekurangan diri terutamanya gagal dalam  memahami psikologi dan emosi peringkat umur seperti mereka. Penglibatan saya bukan hanya perlu mendidik dalam kelas namun turut sama berada dalam pengurusan menyebabkan banyak perkara penting terpaksa dilepaskan. Masa yang terhad untuk mengenali mereka lebih dekat. Namun pastinya, saya mendoakan sesuatu yang indah dan baik buat mereka. Semoga Allah menjaga mereka dengan sebaik-baiknya dan dilindungi daripada sebarang musibah.


Nini, Atirah, Mimi dan Fiza terima kasih bantu saya dan kita berjaya membuktikan untuk menang hampir keseluruhan Anugerah Pertandingan Inovass E-FAMB Peringkat Kebangsaan 2020. Kenangan indah buat saya yang tidak akan pernah saya lupakan bila-bila. Saya hargai usaha dan susah-payah yang telah dilalui oleh kamu semua sepanjang tempoh menyiapkan projek bersama saya. Walaupun beberapa kali dimarah, ditegur untuk penambahbaikkan kamu sedia menerima dengan rela hati walaupun saya tahu jauh sudut hati rasa ingin memberontak. Dan akhirnya tanpa disangka kita menang besar setiap kategori yang dipertandingkan. Hakikatnya saya yang menumpah tuah kamu!

Farah, Aini, Ain dan Arni selalu tolong saya jika saya memerlukan apa-apa bantuan dan sangat memudahkan urusan saya.

Ramdhan dan En. Shahrul...terima kasih juga untuk segala komitmen yang diberikan dalam setiap tugasan yang diberikan.

TERIMA KASIH UNTUK KENANGAN KITA BERSAMA DAN SAYONARA!




Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun