Resepi kek ubi kayu untuk Pertandingan Memasak
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Ada yang pernah makan kek ubi kayu tak? Hehe..saya pun tak pernah sebelum ini tetapi apabila pihak kolej menganjurkan Pertandingan Memasak dan temanya ubi kayu sempena sambutan hari kemerdekaan di Kolej..terus terpinga-pinga nak buat apa...hehe, dalam mencari idea terjumpa resepi kek ubi kayu daripada bolog Mat Gebu..apa lagi inilah penyelamat kumpulan saya. Dan.....siapa sangka kami berjaya dapat tempat pertama dalam kategori ini. Alhamdulilah.
![]() |
Kek Ubi Kayu Merdeka |
![]() |
Sesi penyampaian hadiah oleh Tuan Pengarah |
Disini saya kongsikan resepi kek ini, sangat sedap rasanya dan mudah sahaja untuk menyediakannya.
Resepi Kek Ubi Kayu
Sumber: blog Mat Gebu
190 g mentega
160 g gula halus3 biji telur gred A
120 g tepung gandum*
1/2 camca besar baking powder*(*digaul rata dan diayak)
420 g parutan ubi kayu, diperah airnya
1/4 cawan susu sejat
1/2 camca besar esen vanilla
1/2 camca teh pewarna kuning
Cara membuatnya :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran (8x8x3) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga permukaan kertas dengan mentega. Ketepikan.
- Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Kemudian masukkan ubi parut tadi dan gaul rata.
- Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu sejat hingga habis. Gaul rata.
- Akhir sekali masukkan esen vanilla dan pewarna kuning. Kacau hingga semua sebati. Tuang ke dalam tin kek tadi dan ratakan. Bakar selama 25 - 30 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan.
![]() |
Tengah tunggu kek masak sempat kami bergambar |
![]() |
Selesai penjurian...akhirnya berjaya menyiapkan tugasan yang diberi. |
![]() |
Dengan ainul yang menang untuk kategori sesi petang dengan tema labu |
Comments
Post a Comment