Real foods Vs Processed foods



Ramadhan 2017 bakal tiba sabtu ini (27/5/17). Selain daripada membuat azam tahun baru, bulan ramadhan juga biasanya menjadi turning point untuk melakukan sesuatu yang lebih baik. Walaupun hakikatnya, muhasabah diri perlu dilakukan setiap hari. Seperti pesanan Nabi;

Rasulullah S.A.W berpesan yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Selain daripada kita memperbaharui niat untuk meningkat amal ibadat kita ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum, jom kita sama turut audit pengambilan makanan harian kita juga. Memang tidak dapat dinafikan bulan ramadhan bukan sahaja ditunggu oleh orang islam tetapi juga yang bukan beragama islam. Kerana apa? Kerana pada bulan ramadhan turut merupakan syurga makanan. Biasanya di Bazar ramadhan menjadi tumpuan semua orang untuk mendapatkan juadah berbuka tetapi juga untuk mendapatkan makanan tempatan yang biasa akan ditemui di dalam ramadhan. Hebat kan bulan Ramadhan?

Dalam dunia globalisasi hari ini, industri makanan turut pesat berkembang dengan pantas sekali. Begitu banyak lambakan makanan terproses atau processed food di pasaran hari ini. Apabila menunjukan lambakan banyak produk makanan terproses tentulah disebabkan demand atau permintaan yang tinggi. Kita tidak dapat dinafikan pihak permasaran menggunakan strategi pemasaran yang hebat dan berjaya meletakkan 'processed foods' sebagai sumber utama kebergantungan kita. Apakah bezanya 'processed foods' dan juga 'real foods'



Makanan proses melibatkan beberapa unit operasi yang tersusun secara spesifik setiap langkah yang ada permulaan dan akhir. Secara mudahnya, makanan proses melibatkan penukaran daripada bahan mentah kepada sesuatu produk makanan. Contoh yang paling mudah, dengan menggunakan buat tomato segar dari ladang, dan setelah menjalani proses pemilihan, penggredan, pembersihan, pengisaran,memasak dan pembungkusan. Akhirya buah tomato segar itu telah bertukar menjadi puri tomato setelah menjalani beberapa siri unit operasi. Buah tomato segar itu adalah 'real foods' dan manakala puri tomato yang telah dibotolkan itu merupakan 'processed foods'.

Kita semua sedia maklum bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran segar mempunyai jangka hayat yang singkat. Proses transformasi kepada bahan makanan mentah kepada produk makanan menjadi lebih tahan lama, dan dapat menepati citarasa pengguna dari segi rasa dan fizikal. Apabila tomato puri itu dibotolkan dan melibatkan proses pembungkusan memudahkan kepada pengguna untuk membawanya. Itu adalah beberapa contoh kelebihan makanan proses kepada pengguna. Namun demikian, di dalam era kepesatan dunia hari ini, teknologi yang berkembang maju dan hidup dalam suasana yang perlu bergerak pantas di dalam semua segi menjadikan makanan proses satu pergantungan utama di dalam hidup seharian. Perlu diingat sesuatu yang diambil berlebihan pastilah akan mendatangkan kemudaratan.


Tidak semua makanan proses boleh mendatangkan mudarat kerana sesetengan makanan diproses untuk mencapai pelbagai tujuan contohnya untuk tujuan pengeringan, penjerukan, pengetinan, sejuk beku dan lain-lain lagi. Tetapi yang paling penting melihat kepada komposisi di dalam setiap makanan yang diambil. Apakah bahan aditif yang digunakan untuk menjadikan sesuatu makanan itu tahan lama. Disamping itu kandungan gula yang tersembunyi, garam dan lemak trans yang cukup merisaukan. Sebagai langkah berjaga-jaga kurangkan pengambilan makanan dan minuman ringan, 'fast foods', makanan yang mengandungi banyak bahan artificial, dan jika membeli 'packaged foods' pastikan lihat label dan kandungan bahan-bahan sebaik-baiknya tidak melebihi lima bahan. 

Jom beralih kepada 'real foods' yang sebenar dan tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam diet kita.

Tubuh badan kita pada masa depan ditentukan apa yang kita ambil dan makan pada hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun