Projek wakaf telekung




EPISOD SATU

Minggu yang lepas merupakan satu minggu yang agak penat. Khaira tidak sihat dan biasanya khaira memang akan meragam. Saya sudah bersedia sekiranya kalau dia yang sakit mesti tidur saya entah kemana. Ditambah lagi dia yang akan meraung dan menangis tidak henti-henti. Minggu itu juga ada sambutan hari guru di sekolah Iman, saya sudah berjanji padanya untuk membuat kek bersama-sama dengan dia. Memang saya agak keletihan sangat dengan tidur yang tidak cukup dan terpaksa bergegas ke sana ke mari. Hari sabtu itu (19/5/2017) saya hendak ambil stok telekung di Parit Buntar. Oleh sebab saya belum keluarkan duit, jadi saya keluar awal dalam pukul 7.00 pagi untuk keluarkan duit dulu dan saya sedar minyak kereta saya juga minta diisi. Banyak di dalam kepala saya hari itu ditambah khaira yang masih belum sihat sepenuhnya dan saya perlu selesaikan kerja-kerja ini dengan cepat. Tetapi malang tidak berbau, pertama kali di dalam hidup saya, saya baru tersedar yang saya pergi ATM untuk keluarkan duit tetapi saya tidak ambil duit! Saya ambil kad yang keluar dan terus berlalu pergi. Allah..Hanya Dia sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. 



Alhamdulilah, hari ini (22/5/2017) bank sudah refund semula duit. Rupanya sekiranya duit tidak diambil, mesin akan telan semula duit dan bank akan refund semula dalam akaun kita. Alhamdulilah rezeki masih menyebelahi, terima kasih buat kawan-kawan yang mendoakan dan yang personal pm, siap offer nak pinjamkan duit lagi. (alahai..baiknya..hehehe). Jadi, moral of the story untuk lebih selamat, next time memang kena sempurnakan setiap langkah pengeluaran duit sehingga dapat resit sebab sebelum ini sentiasa pilih tidak ambil resit (konon nak jimat kertas..hehehe). Syukur sangat, sebab sekiranya bank tidak refund pun duit itu tetap akan diganti, kerana semuanya duit customer, ada yang membeli telekung tetapi sebahagian besarnya untuk tujuan projek wakaf telekung yang saya dan sahabat baik saya usahakan. Tidaklah cecah ribuan ringgit tetapi buat orang biasa seperti saya sudah cukup buat tangan menggeletar dan air muka berubah 180 darjah apabila buka wallet kosong, itupun sedar bila time nak buat payment setelah 3 jam habiskan masa di kedai untuk pilih telekung. 

Dah tau hidup serba serabut dan berterabur suami isteri, anak kecil kiri dan kanan tetapi kenapa mahu buat semua ini? Untung banyak sangat ke? Erm...Kalau dinamakan untuk tujuan wakaf usahlah bicara tentang untung. Tidak penat atau letih ke? Penat, letih..hanya Allah sahaja yang tahu. Jika dulu ada mak, umi dan suami yang sentiasa di sisi tetapi hari ini semuanya dengan kaki sendiri. Begitu juga dengan sahabat baik saya, azie memilih untuk bermusafir setiap hari ke tempat kerja dengan menempuh perjalanan hampir 240 km setiap hari demi untuk anak-anaknya. Dia keluar rumah sebelum waktu fajar dan solat subuh di R&R tetapi masih lagi memasak sarapan pagi dan makan malam untuk anak-anak. Jadi untuk apa kami buat semua ini? Untuk membuktikan kami supermom..? Tidak. Tiada apa hendak kami buktikan melainkan kami ingin menjadi manusia yang lebih bersyukur di dalam tempoh survival kami ini bahawa sesungguhnya masih ramai lagi orang yang serba kekurangan dan penuh masalah di luar sana.

EPISOD 2

Disini sebahagian beberapa gambar yang berkaitan sepanjang proses wakaf telekung yang kami usahakan. Terima kasih buat sahabat baik saya Azi yang sebahagian besar menguruskan proses ini.








Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun