Tips buat Apam kembang mekar
Semalam berkesempatan membuat apam mekar, dah lama teringin nak makan. Kebetulan sekolah iman hari ini buat jamuan hari guru kat taskanya, jadi pagi tadi bangun awl sikit untuk mengapam. Pukul 2.30 bangun nak buat kuih, kebetulan khaira pun badan macam panas sikit. Jadi sambil dok pantau suhu dia pergi dapur kejap buat apam. Alhamdulilah resepi ni saya dapat daripada group facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Antara cabaran nak buat apam mekar ini ialah apabila nak pastikan bila kita sudah kukus, apam tu mekar. Sebab kebanyakannya bila buat selalunya akan tanya kenapa bila buat tak mekar walaupun guna resepi yang sama. Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk memastikan apabila kita buat apam, apam kita tu cantik je mekar, mekar macam bunga setaman itu.
- Pastikan bila kita pukul gula dengan telur itu betul2 kembang sehingga adunan bertukar warna putih berkrim dan gula yang kita masukkan tu dah halus. (Dalam kes ini, saya pukul putih telur dulu buat merinue dulu, baru masukkan gula, telur kuning dan ovalett, terus pukul hingga putih berkrim.
- Sebelum masukkan air soda, pastikan air soda yang digunakan masih baru, sebab khuatir gas di dalam air soda tu dah makin kurang. Pastikan air soda di sukat ketika hendak di masukkan di dalam adunan untuk memastikan kandungan gas tidak berkurangan.
- Selepas, tepung dan air soda dimasukkan, pastikan adunan dipukul sehingga betul-betul putih dan kembang.
- Air kukusan mestilah panas menggelegak ketika mengukus apam mekar
- Periuk kukus dibalut dengan kain supaya air kukusan tidak terkena dan jatuh atas apam
- Api dapur mestilah guna paling besar
InsyaAllah jika mengikuti tips-tips di atas ini, saya yakin apam anda akan mekar semekar-mekarnya.
Selamat mencuba ya, memang tak rugi, bukan anak-anak je suka tetapi orang dewasa pun suka;-)
Sis...apam mekar ni sy buat elok cntek kembang nya tapi knp keras ye?
ReplyDeletekeras sangat ke sis? saya x pasti pula nape jadi macam tu..sebab selalu saya buat lembut je.
Deletesalam sis.. mmng kne letak dalam mangkuk kertas ke atau x yah.. tq
ReplyDeletesaya letak dalam paper cup sebab senang nak keluarkan nanti
DeleteSalam,air soda tu bersamaan dgn 1 sudu soda ke?
ReplyDeletesaya guna 1 cawan air soda. saya guna ukuran cawan metrik.
Delete