Kenangan di Bukit Larut



Saya mengambil sedikit masa yang lama untuk sambung menulis. Apabila handphone saya rosak, banyak perkara-perkara penting di dalamnya tidak dapat saya akses termasuklah segala gambar yang saya ambil semasa di Bukit Larut. Nasib baik sebelum telefon saya rosak, saya dan suami ada postingkan beberapa gambar di dalam laman facebook kami dan group whats up keluarga. Ada laa sedikit kenangan untuk di kongsi. Kami tidak merancang pada awalnya untuk menaiki Bukit Larut. Ia bermula apabila saya mengajak suami untuk membawa mak dan abah makan pagi di Kaki Bukit Larut sambil-sambil menghidu udara segar di sana. Bukit Larut juga terkenal antara destinasi jalan-jalan cari makan yang menarik dan sedap. Boleh lihat entri saya sebelum ini mengenai Jalan-Jalan Cari Makan Taiping.

Mee Bandung 


Roti jantan lagi

Sambil tengah makan tu, melihat ramai orang yang lalu-lalang, abah cakap ..jom kita naik Bukit Larut tu.. Kita tengok apa yang ada di atas tu. Apa lagi semua orang excited..Nak mendaki memang tak la..jadi kami pergi beli tiket di kaunter tiket di situ. Selain mendaki ke Bukit Larut yang mungkin memakan masa lebih kurang 2 jam atau lebih terdapat satu lagi opsyen iaitu dengan menaiki land rover yang disediakan dengan bayaran tiket sebanyak RM 10.00 seorang. Perjalanan menaiki land rover lebih kurang 45 minit untuk sehala perjalanan. Fuhhhh..memang mencabar laa jalannya dengan jalan yang sempit, curam dan berbukit. Satu pengalaman yang baru buat kami. Bagi wanita mengandung, atau yang bawa baby kecil ataupun yang ada masalah kesihatan seperti lemah jantung, saya tidak galakkan naik ke atas ini. Dengan jalan yang sempit dan berbukit boleh mengundang bahaya yang tidak dingini sebenarnya. Sesiapa yang sukakan cabaran..silalah..hehehe. Jom layan beberapa gambar yang masih terselamat yang ada dalam simpanan saya. Alhamdulilah sungguh indah ciptaanNya...bila sampai ke atas terus rasa tenang, dengan angin sejuk. Terasa seperti di Cameron pun ada. Ada kemudahan asas walaupun tidak banyak pilahan seperti tempat makan dan tandas.
sorri mak...ada pic ni jer hehe
my iman dan khaira
x plan langsung nak naik atas bukit ini, so better pakai seluar

Indahnya ciptaan Allah SWT

Di atas puncak boleh nampak keseluruhan bandar Taiping

Menenangkan dan nyaman

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun