Kisah kami di Zoo Taiping


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Ini merupakan kali kedua kami pergi Zoo Taiping di dalam tempoh hampir 7 bulan kami di sini. Kali pertama kami masuk di sini masa cuti tahun baru 1 jan 2017 yang lepas. Walaupun masih baru lagi menjejakan kaki di sana, anak-anak tetap gembira dan seronok sangat. Pada pendapat peribadi saya dan suami, kami lebih sukakan Zoo Taiping berbanding Zoo Negara. Kerana apa ya? Pertama kerana keadaan sekelilingnya dan juga jarak antara satu binatang ke satu binatang. Perkhidmatan mini tren di Zoo Taiping beserta penerangan serba sedikit mengenai binatang yang disediakan sangat membantu perjalanan kami di dalam ini. Selain itu tentulah faktor harga yang sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan Zoo Negara. Bayaran masuk ke Zoo Taping RM17 dewasa dan kanak-kanak RM8.50. Pastinya kemudahan dan jumlah binatang jauh lagi banyak di Zoo Negara, tetapi bagi saya yang hanya membawa anak-anak yang berusia empat tahun ke bawah membawa mereka di Zoo Taiping sudah cukup baik dan memadai. Kami ke Zoo Negara tahun 2015, dengan bayaran masuk bagi orang dewasa RM44 seorang tetapi kami terpaksa keluar lebih awal bila anak-anak sudah buat perangai. Jadi tentulah bagi saya bayaran sebanyak itu sangat tidak berbaloi apabila saya terpaksa keluar awal...tetapi itulah lumrahnya bila kita bawa anak-anak kecil ini..kena bersedia berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. 

Zoo Taiping dibuka setiap hari sepanjang tahun termasuk pada cuti am dan hari ahad. Bila masuk ke sini, kami naik tren dahulu yang membawa kami mengelilingi keseluruhan kawasan di dalam Zoo ini. Pemandu tren yang membawa kami turut bercerita serba sedikit mengenai haiwan-haiwan yang berada di sini. Walaupun berada di atas tren, kami masih boleh nampak dengan jelas binatang yang ada di dalam kandang masing-masing. Seronok bila tengok anak-anak teruja apabila nampak binatang depan mata mereka dengan jelas. Kami yang orang dewasa pun turut seronok...hehehe. Tren akan berhentikan penumpang centre of zoo..masa itu kami akan tengok map untuk pergi kembali ke tempat haiwan-haiwan yang menarik hati kami, contohnya seperti beruang, singa, harimau, harimau kumbang, orang utan, burung dan banyak lagi. Ketika kami menyelusuri jalan kecil untuk melihat singa, tiba-tiba datang seekor beruk ke arah kami, daripada seekor datang pula sekumpulan yang lain... Apalagi meraung ketakutan laa Khaira masa tu.., saya pun sama tetapi masa tu fikir nak selamatkan Khaira je. Kebetulan pula, tangan saya sedang pegang handset dan handset Samsung A8 saya terhempas atas jalan tar. Ada perempuan india yang baik hati datang dekat kami dan ambil handset saya. Urm..sayangnya abis segala gambar-gambar yang saya ambil sebelum ini dan di puncak Bukit Larut. Hand set tak pecah skrin tetapi bila hantar kedai,  LCD dia rosak dan kos nak baiki hampir RM6++ TT...Jadi, moral of the story, jangan bawak apa-apa makanan di tangan ataupun botol minuman. Rupanya beruk-beruk itu datang dekat kami sebab nak ambil roti-roti yang saya pegang di tangan. Selepas plastik roti saya campak, terus beruk-beruk itu berebut-rebut ambil....Alahai..urmmm..menda nak jadi kan..handset pun rosak...

Hanya ada beberapa keping gambar sahaja yang sempat saya share di group whatsup family kenangan kami di dalam Zoo ini. InsyaAllah jika ada kesempatan kami masuk di dalam ini lagi, saya akan attach sekali gambar-gambar yang menarik. Baru nak share gambar badak air yang comel tengah makan, gambar orang utan yang sedang bergayut dan harimau yang tengah berendam di dalam air. Lepas tu salahkan diri sendiri kenapa laa tak transfer gambar padahal dah beberapa hari dah terniat sebelum itu nak transfer gambar ke komputer. Kenangan kami di Zoo Taiping. Serik??? tak laa..insyaAllah kami datang lagi...yang jatuh..yang hilang..yang pergi..dah memang tidak tergantikan..tetapi kita bina sesuatu yang lebih baik dan indah untuk masa depan. InsyaAllah.

Nasib ada kenangan juga, pertama kali pergi 1/1/2017, the repeat again bawak mak n abah 1/7/2017;-)

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun