Kaedah tanak pulut guna rice cooker

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pulang dari ofis petang tadi, tidak sabar masak pulut. Kebetulan sekarang musim durian..Terima kasih En. Aziz dan Amalina bagi durian. Harga mencecah sehingga RM1.99 sekilo. Mungkin berikutan PKPD di Batu Kurau sekarang dan PKP yang masih berlangsung menyebabkan lambakan durian di sini. Terima kasih juga kepada Hj. Wan pagi tadi  bawa serawa durian, jadi saya ambil sedikit untuk bawa pulang makan berbuka puasa nanti. Sebenarnya teringin sangat hendak makan pulut durian. Seronok jika dapat makan beramai-ramai keluarga. Tetapi apakan daya hanya saya sahaja yang makan pulut durian di rumah. Dekat ofis dah terbayang-bayang pulut durian yang hendak dimakan bersama durian. Jadi kaedah yang paling pantas saya cuba gunakan untuk tanak pulut menggunakan rice cooker. 

Terima kasih yang memberi...semoga Allah mengganti dengan sebaik-baik balasan

Bahan-bahan

Beras Pulut 2 cawan (tak perlu rendam)

Air 2 cawan (cawan sukatan beras pulut yang sama)

sedikit garam


Kaedah

1. Basuh terlebih dahulu beras pulut.

2. Masukkan bahan-bahan di atas. Dan tekan button cook.

3. Apabila sudah warm, buka penutup dan gaul sedikit perlahan-lahan untuk memastikan pulut masak keseluruhan.

4. Tutup semula tudung rice cooker dan biarkan seketika.

5. Sedia dihidang untuk dimasak.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun