Kek Oren

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hari ini saya berkesempatan membuat kek oren. Biasanya untuk resepi kek oren saya suka menggunakan resepi ini. Saya simpan disini resepi kek oren kerana setiap kali mahu membuat kek ini saya terpaksa search kembali screenshot resepi dalam telefon...hehe. Di bawah ini saya kongsikan resepinya:

Bahan-bahan 

4 biji telur Gred A

3/4 cawan gula perang

1 sudu besar ovalatte

1 sudu kecil esen vanila

1 cawan minyak

6 sudu besar pati oren sunquick

3 sudu besar susu pekat

2 1/2 cawan tepung gandum

1 tsp baking powder

3 sudu besar susu UHT/ fresh milk


Keadah Penghasilan

1. Masukkan gula, telur, ovalatte dan esen vanila. Pukul hingga kembang (saya gunakan mixer)

2.Masukkan susu pekat, minyak, pati orange sunquick dan pukul lagi sehingga sebati.

3. Masukkan tepung dan baking powder (saya gunakan spatula sahaja dan kaup balik)

4. Masukkan susu UHT/ fresh milk (kaup balik sahaja)

5. Gliskan loyang dengan margerin, letakkan pachment paper dan tuangkan adunan ke dalam loyang. Saya gunakan loyang 9 inci.

6. Bakar oven selama 40 minit , suhu 170 C sehingga masak (bergaantung kepada oven masing-masing)


Saya hiaskan dengan taburan kuaci hijau, kepingan badam, ceri dan bijan hitam sebelum dibakar. Terasa cantik sangat bila tengok kawan baik saya Irna Jannah selalu membuat hiasan begini untuk kek oren jualannya. 


SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun