Resepi daging goreng mak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

 Selamat menyambut Aidil Adha kepada semua umat islam. Pada tahun ini kita masih lagi dipinjamkan nafas daripada Esa untuk terus menikmati Hari Raya aidiladha bersama keluaga tercinta walaupun dalam keadaan sesi pandemik kini. Semoga untuk tahun-tahun hadapan kita masih lagi berpeluang menyambutnya bersama keluarga di kampung. Kami menyambutnya di sini dalam suasana yang cukup sederhana. Memandangkan kami semua tidak dapat berkumpul bersama ahli keluarga di lain di Terengganu dan Kajang.

Di sini ingin saya kongsikan daging goreng resepi mak, kebetulan syikin jiran kami ada memberi daging korban. Teringat air tangan mak di Kajang yang selalu menyediakan daging goreng ini. 

Bahan-bahan

500 gram daging
1-2 biji bawang besar (hiris)
10-15 biji cili padi (hiris)
Serbuk kunyit
Garam
Kicap manis

Kaedah Penyediaan:

1. Daging dibersihkan dan di potong nipis.
2. Saya rebus dahulu daging sehingga empuk. Daging yang telah empuk dilumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Adakala saya menggunakan periuk noxxa HP15 sahaja.
3. Masukkan sedikit minyak dan masukkan daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan garam tadi.
4. Sentiasa kacau dan biarkan sebati. Kemudian masukkan bawang dan cili padi yang dihiris tadi.
5. Boleh renjiskan dengan kicap manis sehingga warna bertukar sedikit gelap.
6. Pastikan daging dalam keadaan basah dan jangan kacau sehingga terlalu kering.
7. Sedia dihidang.



SELAMAT MENCUBA (^_^)

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun