Kek Sarang Semut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Ringkasan Kes COVID-19 pada 20 APRIL 2020

Kes baharu dilaporkan: 36

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 5,425

Kes sembuh: 98

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 3,295

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 45 (Seramai 28 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0 📣🎉🎊

Jumlah keseluruhan kematian: 89

- CPRC KKM


Alhamdulilah. Keadaan kes baharu menunjukkan trend penurunan yang baik. Harap keadaan ini akan terus berterusan. Tidak selamanya kita perlu hidup dalam keadaan begini. Sektor ekonomi perlu turut dibangunkan. Jadi harapnya kita dapat memutuskan rantaian ini secepat yang mungkin.

Hari ini saya ingin berkongsi kek sarang semut saya. Alhamdulilah saya menggunakan resepi daripada Azlina Ina. Di bawah ini saya kongsikan cara-caranya:






Bahan-Bahan:
1. 1 cawan gula caster
2. 125 g butter
3. 3 biji telur
4. 1/2 cawan susu pekat
5. Esen vanila
6. 1 tbsp soda bicarbonate
7. 1 cawan tepung gandum


1. 1 cawan gula caster perang di syorkan gula halus supaya cepat dia cair dan perang.
2.  Cair kan 125g butter atau separuh butter
3.  Setelah cair dan perang gule td masukkn 1 cawan air panas. Sejukkan dan Ketepikan.
4. Dalam bekas lain sediakan 3 biji telur dah whisk tgn. Kacau first step adalah whisk pecah kan kuning telur sahaja dan whisk tu perlahan
5. Baru masukkn 1/2 cawan susu pekat kacau slow jugak asal sebati 
6. Masuk sedikit esen vanila kacau rata
7. Masukkn butter yg di cair kan td kacau sebati
8. Masukkn 1 sudu makan soda bikarbonat dalam tapis dan tapis kan dalam adunan td kacau rata
9.  Ok lepas tu di ikuti 1 cawan tepung gandum juga diayak dalam adunan td sket2 smbil kacau masa ni ade ketul2 sket xpe terus kan step dibawah
10. Tapis kan gula yg di karamel kan mula2 td dalam adunan
11.  Dan whisk manje smpai semua sebati dan xde nampk tepung beketul
12.  Sediakan loyang 6 inci atau 5 inci sbb adunan ni sikit je. Pastikan lapik baking paper sbb kek ni bile siap dia mmg melekat..ttup rapat dan kalau nak hasil memuas kan perap 1 jam bettup ye..baru mula proses bakar
13.Panas kan oven dan masukkn adunan gune api bawah selama 20 mnt suhu 150
Dan buka api atas bawah selama 20 hngga 25 mnt lg suhu naik kan 160 hngga 170 atau sehingga die masak sempurna boleh cek dgn lidi berseh lepas 35 mnt bakar



Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun