BURNT CHEESE CAKE RESEPI KHAIRUL AMENG
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bila buat kek ni mesti teringat tragedi dalam kelas sem lepas.Begitulah agaknya apabila sesekali terlebih konfiden akan bertukar tragedi...huhu
Punya laa excited nak buat dalam kelas dengan anak-anak pelajar sebab mereka cakap tidak pernah makan burnt cheese cake ni. Kek ini pula mengambil proses yang lama, setelah dibakar perlu disejukkan pula.
Bila dah ready..semua excited... lepas tu depa tanya..Pn. mmg kek ni rasa macam ni ke??? Eh..mmg laa sedap kan, sedap kan..dgn konfident... pastu tengok muka masing2 kelat je..bila rasa. Seperti namanya burnt..habis burnt 5 kumpulan eh tidak 6 termasuk demo...Ya Allah....apa aku dah buat niðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ rupanya terlupa 1/2 cawan gula dan menyebabkan kek itu tidak boleh diterima langsung anak tekak😅. Wpun ada penyelesaianya kami buat ganache chocolate ttp tetap rasa bersalah.. Sorry guys..i feel really sorry sebab janji dgn diorang nk ulang amali kek ini ttp rupanya itu minggu terakhir kerana selepas tu terus pkp sehingga tamatlah kursus ini habis sem😢
Sometime tanpa sedar we did the disaster dan impaknya seperti tidak dapat dimaafkan serta masa yang berlalu tidak dapat diulang lagi😢
#imhumanafterall
Hehe..itu kisah yang lalu. Hari ini saya mencuba resepi daripada Khairul Ameng. Ternyata ini antara resepi Burnt Cheese Cake yang terbaik. Saya kongsikan resepi di bawah:
Bahan-bahan yang diperlukan:
Tepung gandum 2 sudu
Cream Cheese Tartura 250 gram
Whipping Cream 1 kotak 200 ml
Esen vanila 1 sudu
Telur 2 biji
Kuning Telur 1 biji
Gula Setengah cawan
Garam sedikit
Kaedah:
Saya masukkan semua bahan salam food processor. Kemudian tuang dalam loyang yang dilapik baking paper. Saya menggunakan loyang bulat 6 inci.
Bakar 180 C (tetapi saya menggunakan suhu 0ven saya 160 C kerana oven saya sedikit panas) selama lebih kurang 30 minit. (bergantung kepada oven masing-masing)
Selepas dikeluarkan dari oven, biarkan sehingga kek sejuk dan masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan.
SELAMAT MENCUBA;-)
Comments
Post a Comment