Resepi Ayam Masak Goreng Kari dan Kentang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sehingga petang tadi peningkatan pesakit covid-19 masih lagi terus meningkat dengan jumlah kes baharu sebanyak 235 orang dan sesuatu yang menyedihkan seramai 4 orang telah terkorban menjadikan kepada bilangan kematian sebanyak 23 kes. Sama2 lah kita berdoa mohon perlindungan daripada wabak ini dan semoga kesedaran setiap orang akan bahaya kepada wabak ini semakin meningkat. Selagi masih ramai lagi yang tidak mematuhi PKP ini peluang untuk kita menang akan tipis sedangkan kegagalan bukanlah pilihan kita.

Hari ini saya berkesempatan untuk mencuba resepi baru yang saya perolehi daripada fb iaitu ayam masak goreng kari dan kentang. Jika kepada mereka yang ingin mempelbagaikan resepi berasaskan ayam bolehlah mencuba resepi ini.



Bahan-bahan

1 ekor ayam - dilumur garam dan kunyit dan digoreng
*bawang merah
*bawang putih
*halia
*cili padi
serai
daun kari
bawang holland (dipotong bulat atau mayang sahaja)
rempah kari daging  dan kari ikan (saya guna jenama BABAS)
Kentang (potong wedges dan goreng)

CARA MEMBUATNYA
1. Semua bahan yang bertanda * dikisar sehingga halus
2. Tumiskan kan serai, daun kari dan bawang holland sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tumis bahan-bahan yang dikisar itu tadi,
4. Masukkan rempah kari dan tumis sehingga pecah minyak
5. Masukkan kentang yang telah digoreng tadi
6. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati sehingga semua bahagian bersalut bahan tumisan itu tadi.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun