Langkah demi langkah penghasilan mi kuning di Kolej Komuniti


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Hari ini saya kongsikan resepi penghasilan mi kuning yang telah kami ajar di Kolej Komuniti. Mi kuning merupakan produk hasilan daripada tepung gandum. Antara bahan-bahan utama dalam penghasilan mi kuning selain daripada tepung gandum iaitu, air abu, garam dan air. Tepung gandum berfungsi sebagai bahan utama yang memberi struktur asas kepada mi kuning. Air abu selain berfungsi untuk menambahkan kekuatan doh turut memberikan warna asli kepada mi kuning. Sekiranya pewarna kuning tidak digunakan, doh akan menghasilkan warna kuning cair kerana tindak balas daripada air abu. Garam berfungsi sebagai bahan perasa dan pada masa yang sama turut memberi kekuatan gluten supaya lebih kenyal dan tidak mudah putus. 

Formulasi yang digunakan adalah seperti di bawah ini. Jumlah air yang digunakan memang agak sedikit dah doh sedikit keras dan berderai. Tidak mengapa, teruskan menguli dan canaikan kemudian boleh dimasukkan di dalam mesin pembentuk mi. 

Formulasi Mi kuning:

1- Tepung gandum protein tinggi - 500 g
2- Air - 200 sehingga 225 ml
3- Air abu - 16 ml
4- Garam - 10 ml
5- Pewarna kuning - 1 gram
6. Minyak masak -Secukupnya

Kaedah Penyediaan:

Timbang bahan-bahan yang diperlukan dengan betul
Tepung gandum diadun dengan larutan air abu dan garam, kemudian masukkan air yang dicampur pewarna kuning dan uli sehingga menjadi doh
Doh yang telah diuli
Mi kuning dicanaikan, untuk mi kuning lebih halus dr pasaran boleh gunakan skala sehingga 3 atau 4.
Masukkan di dalam mesin pembentuk mi
Rebus di dalam air yang mendidih, angkat mi yang telah timbul dan toskan. Kemudian basuh di bawh air paip untuk membuat kanji yang melekat
Gaul dengan minyak secukupnya sebelum dibungkus

Dengan menggunakan tepung gandum sebanyak 500 g, jumlah mi yang dihasilkan hampir 3 kali ganda iaitu 1.5 kilo. Mi yang dihasilkan sendiri lebih selamat dimakan. Mi kuning ini tiada sebarang tambahan bahan pengawet seperti asid borik, jadi jangka hayatnya tidak lama. Lebih sesuai untuk dimakan terus atau disimpan di dalam chiller tidak melebihi 3 hari. Borik asid adalah bahan kimia yang terlarang yang biasa digunakan di dalam penghasilan mi kuning, kuew teow, laksa dan lain-lin lagi. Ini sangat menyalahi etika kerana penggunaanya adalah untuk mendapatkan keuntungan semata-mata bagi meningkatkan jangka hayat makanan tanpa mempedulikan kesan buruk yang bakal diterima oleh pengguna seperti pening, cirit-birit, diarea, kegagalan buah pinggang dan lain-lain lagi bergantung kepada jumlah borik asid yang diserap oleh badan.

Kesimpulannya, jom kita belajar dan meningkatkan ilmu untuk mempelajari penghasilan mi kuning sendiri. Jika sebarang pertanyaan kursus penghasilan mi kuning boleh hubungi kami di Kolej Komuniti Bagan Serai:

fb: KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI
TEL: 05-7210020
FAKS: 05-7210662

Comments

  1. Terima kasih siarkan resepi mee kuning. Akan sy cuba buat nanti.
    Kalau dapat bagi resepi lain seperti produk hasilan soya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah akan saya kongsikan. Terima kasih ye sudi membaca. Selamat mencuba

      Delete
    2. T.kasih resepinya,lepas ni boleh share bahan buat tauhu

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun