Donut kentang gebu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
![]() |
Donut kentang gebuuu sampai ke petang (Sumber resepi: http://yatiememories.blogspot.my/2014/01/donut-kentang.html ) |
Bahan-Bahan
- 500 gram tepung gandum
- 200 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek
- 4 sudu besar susu tepung
- 1 biji telur ( dipukul sedikit)
- 200 ml air suam ~ Yatie uli doh guna tangan je, so masukkan air sikit2 ya
- 3 sudu besar marjerin/butter
- 3 sudu besar gula
- 2 sudu kecil yis
- Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
- Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
- Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
- Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..
Comments
Post a Comment