Jalan-jalan cari makan Kuala Kurau
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jika datang ke utara Perak, boleh laa singgah di tempat makan yang best di sini. Kuala Kurau merupakan salah satu mukim yang terdapat di dalam Daerah Kerian. Uniknya daerah Kerian ini merupakan titik sempadam pertemuan tiga buah negeri iaitu Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Kuala Kurau merupakan kawasan perkampungan nelayan dan juga sawah padi. Kedudukannya di tengah-tengah antara Tanjung Piandang dan Kuala Gula.
1) MEE UDANG PARIT 30
![]() |
Nasi Goreng Ketam RM25 |
![]() |
Mee goreng ketam special RM25 |
![]() |
Mee goreng udang biasa RM5 |
![]() |
ABC RM5 |
2) CIK AYA LAKSA KETAM
Tidak lupa juga kalau berkunjung di sini singgah di Kampung Nelayan untuk menikmati Cik Aya Laksa Ketam. Kedai ini dibuka pada pukul 12 tengahari, dan jika ingin menikmati udang dan ketam perlulah datang awal kerana cepat habis. Kebetulan kami datang jam sudah menunjukkan pukul 5 lebih, jadi hanya tinggal laksa dan mi bandung sahaja. Boleh juga menempah makanan lebih awal dengan menelefon no di bawah supaya jika datang dari jauh tidak kecewa..hehe
Comments
Post a Comment