Welcome February 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Pangkin tok abah
Pagi ini secara rasminya sudah berpindah di rumah baru, tidak lagi berada di Kuaters Guru Simpang Empat, Semanggol. Hampir lebih setahun berada di sana, berulang alik dari Semanggol ke Taiping dan Bagan Serai. Walaupun tidak banyak kenangan dicipta di sana, tetapi melalui hari-hari bersama-sama Iman dan Khaira dan sesekali my husband pulang, kami banyak meluangkan masa bersama-sama untuk jalan-jalan ke Taiping. Sekarang bila berada di Bagan Serai, selepas ini jalan-jalan kami akan lebih terarah di sini. InsyaAllah akan banyak tempat untuk kami explore di sini sambil menghayati segala kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. 

Sebelum pergi school masa di kuaters


Jika ikutkan rasa hati berpindah untuk kali ketiga memang memenatkan dan rasa ingin angkat tangan ke atas walaupun kali ini cuma melibatkan kilometer yang lebih dekat. Cukup setahun kami di kuaters rasanya baru betul-betul kami dapat sedikit berlapang dada. Boleh dikatakan hampir 90% barang-barang peribadi kami dari Semenyih dan Kajang telah di bawa ke sini. Tiba penghujung tahun 2017, bila kak Rahiza Shima menawarkan rumah yang disewa sebelum ini untuk kami duduki, terus jawapan pertama yang keluar dari mulut saya, Tidak....tidak larat untuk pindah. Tetapi kebetulan pada masa itu mak dan abah dari Kajang datang ziarah kami di kuaters, saya ceritakan kepada mereka dan bila mereka melihat rumah itu, mereka yang lebih gembira untuk kami berpindah kerana mengenangkan untuk kebaikan kami 3 beranak.

Berada di kuaters ini cabarannya terbesar bila tiba cuti hujung minggu lagi-lagi cuti sekolah, memang terasa sangat sunyi. Ini kerana semua sudah pulang ke kampung, tinggalah kami 3 beranak di sini. Kadang-kadang rasa takut, kadang rasa seram sejuk. Berada di tingkat 2, lagi laaa terdengar pelbagai bunyi walaupun kita tahu orang di atas dan di bawah kita tiada. Mungkin juga mainan perasaan. Mungkin juga kerana rasa takut yang teramat. Tetapi itu bukan alasan utama sebenarnya untuk kami berpindah. Salah satunya  segala kemudahan yang ada di sini dan lebih dekat untuk kami akses.


Baru balik school, rumah dekat kuaters

Masih lagi orang yang sama, mak dan abah yang banyak menolong kami dalam proses berpindah kali ke-tiga ini (Semoga Allah panjangkan usia mereka berdua dan anugerahkan kesihatan yang berpanjangan buat mereka). Daripada membersihkan rumah kuaters, mengangkut barang, dan membersihkan rumah baru ini, saya tahu mereka sudah cukup kepenatan. Walaupun seratus kali saya and my husband cakap supaya mereka tidak berbuat apa-apa tetapi mereka tetap tidak duduk diam walau sekejap pun. Menebas lalang dan rumput. Menanam pokok dan lain-lain. Saya sudah demam, sakit kepala dan badan sangat keletihan, memandangkan sebelum pindah itu saya out station di Putrajaya. Balik dari sana tanpa rehat menguruskan urusan pindah ini dan pada masa yang sama menjalankan kelas kepada pelajar dan mengantikan tempoh waktu kelas yang dibatalkan sebelum ini. Penat dan letih. Tetap rasa bersalah kepada mak dan abah kerana saya tidak dapat memberi sumbangan tenaga sepenuhnya. Satu perasaan yang sangat mengecewakan bila energy weak pada waktu yang tidak sepatutnya...huhuhu. Harapnya selepas ini saya dapat menguruskan keadaan didalam rumah ini dengan lebih baik.

Barang-barang masih lagi bersepah di dalam rumah, baju-baju masih berterabur. Salah satu keistimewaan berada di kuaters boleh dikatakan perabot semua hampir lengkap. Jadi saya tiada masalah untuk mengemas barang-barang. Semasa berpindah dari Arau ke Semenyih, saya dan suami juga cukup bertuah kerana kami tinggal di rumah milik mak dan abah yang hampir lengkap semuanya. Kami cuma membeli peralatan asas sahaja seperti mesin basuh dan peti sejuk sahaja. Di rumah baru ini di Bagan Serai kami betul-betul bermula dari kosong. Ikutkan rasa hati ingin saja membeli perabot bermacam-macam tetapi berapa lama kami akan berada di sini? Kami juga tidak tahu berapa lama kami akan bermaustatin di sini. Rumah kami di Semenyih juga hampir siap sepenuhnya tahun ini. Dilema. Yer...tetapi kami serahkan segala masa hadapan kami kepadaNya. Semoga Dia dapat tentukan yang terbaik buat kami. Allah, saya insaf. Saya sedang merisaukan sesuatu perkara yang tidak patut pun saya risau.

Untuk masa hadapan yang belum pasti....


Walaupun sesekali saya rasakan keadaan selalu tidak berpihak kepada kami tetapi sebenarnya banyak nikmat yang telah Allah anugerahkan buat kami. Saya sudah cukup bertuah dapat menyewa rumah daripada Tuan penyewa rumah yang sangat baik hati dan langsung tidak berkira dengan kami. Rumah yang kami sewa ini siap dimasukkan air-cond, langsir di setiap tingkap,  dan berada di corner lot satu kelebihan buat kami anak beranak. Rumah sendiri pun belum tentu kami dapat rasa, tetapi Allah jumpakan kami dengan tuan rumah yang sangat baik ini dengan kami dan izinkan kami sekeluarga menumpang rumah mereka untuk satu tempoh yang kami juga tidak tahu berapa lama. Semoga kami dapat menjaga rumah ini sebaik-baiknya dan memulangkan rumah ini dalam keadaan baik juga bila tiba masanya nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun